.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Thursday, October 14, 2010

PAMERAN PRADAS DI DENGKIL

16.10.2010 (sabtu) PRADAS Adventure Team sekali dijemput untuk mengadakan pameran kenderaan 4x4 dan penggunaan radio komunikasi dua hala.PRAT yang mewakili PRADAS telah mendapat jemputan tersebut dari Sekolah Tahfiz Al-Qiblah,Dengkil,Selangor.

PRAT telah di beri satu 'booth' pameran,selain dari mempamerkan radio,antena,alat-alat radio lain,PRAT akan memberi peluang pada pengunjung untuk mencuba sendiri cara penggunaan radio komunikasi dua hala.

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor dan dijangka akan dihadiri
seramai 2000 pengunjung pada hari tersebut.Booth pameran PRAT juga turut mengadakan jualan barang-barang milik ahli.Ahli-ahli PRADAS digalakkan membawa brangan untuk dijual tetapi hendaklah bertanggung jawab atas barangan sendiri tersebut.

Event ini akan diketuai oleh PR-SJ ( Bendahari PRADAS ) dan akan dibantu oleh PR-XG,PR-SMC,PR-RLY,PR-ZFN,PR-AZA dan rakan-rakan lain.

Terima Kasih.

Sunday, October 10, 2010

Eco Hunt & Fun Ride Jab Alam Sekitar Putrajaya

Jabatan Alam Sekitar Putrajaya akan menganjurkan satu program Eco Hunt Berbasikal sempena Minggu Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan pada 23 Oktober 2010 ini.PRAT sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjayakan event tersebut.

Pradas telah diberi kepercayaan membantu bahagian komunikasi,logistic dan trafik,PRAT selaku biro aktiviti Pradas akan memikul tanggung jawab yang diamanahkan oleh pihak JAS.


Event : Eco Hunt & Fun Ride 2010 ( anjuran Jab Alam Sekitar,Putrajaya )

Tarikh : 23hb Oktober 2010

Masa : 7:00 pagi - 1:00 ptg

Lokasi : Mula / Tamat di Kementerian Alam Sekitar,Putrajaya.

Penyertaan : Percuma ( Terbuka untuk semua ketegori ).


Diharapkan dengan penyertaan rakan-rakan dari Pradas dapat memeriahkan lagi aktiviti ini.
Kepada petugas-petugas yang telah dipilih,diharapkan dapat memberi komitmen 100% dan
memberi maklumat yang tepat kepada orang awam tentang radio komunikasi dua hala.

PRAT akan cuba mendapatkan surat sokongan dari semua aktiviti jabatan kerajaan yang disertainya.