.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Thursday, May 20, 2010

JELAJAH 1MALAYSIA 4WHEELERS

Tanggal 10hb mei PRADAS Adventure Team (PRAT) telah di jemput untuk menghadiri ke satu mesyuarat di pejabat Malaysia 4x4 club di danau kota.PRAT di wakili oleh PR-RQ dan Marcoz.Pada mulanya wakil PRAT tidak tahu apa tujuan di panggil untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut.

Apabila mesyuarat bermula barulah wakil PRAT mengetahui tujuan mesyuarat tersebut,PRAT di jemput ialah untuk menjayakan satu program besar iaitu 1Malaysia 4 Weelers yang akan berlangsung pada bulan kemerdekaan nanti.

Mesyuarat susulan telah berlangsung pada 12hb mei dan 16hb mei untuk melantik jawatankuasa induk untuk program tersebut.PR-RQ telah di lantik mengetuai biro promosi,PR-MF mengetuai biro komunikasi dan event dan Marcoz di lantik menjadi setiausaha di bahagian logistik.Tapi Marcoz menolak jawatan tersebut dengan alasan tidak mampu memikul tugas setiusaha di event sebesar ini.Beliau akan membantu sebagai petugas/sukarelewan biasa sahaja.

Diantara kelab-kelab yang akan terbabit dalam jawatan kuasa ini ialah Jib auto 4x4,1Ten,Malaysia 4x4,Gedut 4x4,4x4 princes dan kelab-kelab 4x4 dari seluruh tanah air.

Pada 21hb mei bermula tugas 'meriki' jalan-jalan dan lokasi persinggahan,ia terbahagi kepada 2 kumpulan.Yang pertama akan melawat pejabat ketua kerajaan negeri dan kumpulan kedua akan melalui jalan-jalan di semenanjung serta akan mencari lokasi 'pit stop' dan penginapan.
Diharapkan acara sebesar ini akan menjadi kenyataan dan membuka mata orang awam yang selama ini beranggapan 4x4 hanya merosakkan hutan sahaja.
"1MALAYSIA 4WHEELERS 1 PRAT!"

Wednesday, May 19, 2010

13 Mei 2010 (Rabu), Kuala Lipis: PRADAS Adventure Team sekali lagi melangkah kehadapan apabila terlibat dalam pembabitan filem "Hanyut" dengan membantu krew-krew filem tersebut di bahagian logistik dan pengankugtan.


Jam 11 malam (selasa), peserta konvoi mula berkumpul di stesyen minyak Petronas Gombak dan peserta terakhir tiba jam 12 malam. Sebelum konvoi bergerak ke Kuala Lipis sedikit penerangan oleh Pak Marcoz pada semua 'pilot' dan doa selamat telah disampaikan oleh 'Pak Imam' konvoi. Jurugambar yang ditempah khas untuk operasi ni tiba agak lewat akibat kesesakan lalulintas.


Konvoi mula berlepas tepat jam 12:30 malam tapi berlaku sedikit kekalutan apabila Uncle Leong tersasar dari laluan ke Tol Gombak. Walaubagaimanapun, semuanya selamat apabila Pak Marcoz berjaya menjejak 'Storm' beliau.


Di antara pilot yang mengambil terlibat dalam program ini antaranya PR-GS, Bangau, Kurnia dan lain-lain. Jurugambar ialah PR-EPY serta seorang pembantu iaitu PR-MHD.

Konvoi berhenti rehat di Bentong pada jam 1:30 pagi dan bersekang mata sehingga lebih 3 jam untuk meneruskan perjalanan dan akhirnya konvoi selamat tiba di lokasi penginapan (Hotel Centre Point). Ketibaan konvoi disambut oleh PR-RQ yang telah tiba di lokasi sehari awal, dan semua 'pilot' terus ke lokasi tapak penggambaran selepas di beri penerangan ringkas oleh PR-RQ.


Setelah penat bekerja seharian akhirnya tugas yang diamanahkan selamat dijalankan dan disempurnakan oleh semua perserta. Peserta mula bersurai dari lokasi pengambaran jam 10 malam. Walaubagaimanapun, sebahgian peserta tidak balik Kuala Lumpur pada malam itu akibat agak kepenatan untuk memandu.


PRAT ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua 'pilot' dan krew yang bertugas di program tersebut. Pihak Pengurusan PRAT memohon maaf jika ada kekurangan atau kesilapan sepanjang perjalanan program ini.

Terima kasih juga untuk PAT, 4x4 Gombak dan rakan dari Sungai Besar kerana menghantar wakil dalam menjayakan event PRAT sehingga bertemu lagi di trip dan event yang sedang disusun oleh Pengurusan PRAT.

Terima kasih 73!

Wednesday, May 12, 2010

Radio Amateur Examination Results (RAE 2010-1)

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is pleased to announce the results of the Radio Amateur Examination (RAE) conducted throughout Malaysia on 14 April 2010.

To check results online visit http://rae.skmm.gov.my/rae_2010_1.asp

PRADAS Adventure Team mengucapkan TAHNIAH kepada calon yang berjaya!

Thursday, May 6, 2010

PRAT Terlibat dalam Penggambaran Filem Hanyut

PRADAS Adventure Team (PRAT) telah berjaya mengorak selangkah kehadapan lagi di mana telah ditawarkan untuk terbabit sama untuk menjayakan satu penggambaran filem yang diarahkan oleh Pengarah filem dan drama terkenal U-Wei yang membabitkan pelakon-pelakon tanah air terkenal.

Sehubungan dengan itu, pihak PRAT memerlukan 20 buah kenderaan 4x4 (jenis pick-up) untuk digunakan dalam menjayakan penggambaran tersebut. Mana-mana ahli yang memiliki kenderaan 4x4 (jenis pick-up) adalah ditawarkan untuk menyertai projek ini.



Lokasi penggambaran filem tersebut akan dijalankan di Kuala Lipis dan Pekan, Pahang selama 49 hari bermula 10 Mei hingga 12 Julai 2010.

Untuk yang berminat dan mengetahui keterangan lanjut boleh menghubungi Sekreteriat PRAT:
  1. PR-RQ (h/p:012-202 6024)
  2. PR-XG (h/p:012-340 7663).


Sinopsis

Projek ini bermula apabila Pak Marcoz (PR-XG) telah dihubungi oleh Koordinator filem tersebut untuk terbabit sama dalam membantu untuk menjayakan penggambaran filem tersebut. Pada 9.00 malam (5/5/2010) satu perjumpaan telah diatur untuk membincangkan keperluan yang diperlukan oleh pihak produksi filem dan pihak PRAT sendiri.

Perbincangan bersama di antara PRAT yang diwakili oleh Tuan Penasihat II (PR-RQ), PR-XG dan PR-SBM serta wakil Koordinator filem wakil bagi pihak produksi filem di mana telah mendapat respon positif untuk pihak PRAT terlibat sama dan bekerjasama untuk menjayakan penggambaran filem tersebut.

Sama-samalah kita berdoa agar 'mega event' ini berjaya dan memberi manafaat pada ahli-ahli Pradas.
Pada ahli-ahli Pradas yang memiliki kenderaan 4x4 jenis strom,hilux,ranger dan seumpamanya
bolehlah mengubungi PR-RQ 012-2026024 dan PR-XG 012-3407663.

Diharapkan dengan pembabitan PRAT dalam bidang perfileman,nama PRAT terus dikenali
"PRAT Merentas Tanpa Batasan"

QRT 73!

Tuesday, May 4, 2010

KARNIVAL 'JEMPOL MOTORCROSS CIRCUIT ' (JMC), N9

PRADAS Adventure Team (PRAT) telah mula dikenali di luar Selangor di mana terbaru PRAT telah mendapat jemputan khas untuk memeriahkan Karnival 'Jempol Motorcross Jempol Circuit' (JMC) yang akan berlangsung di Bandar Baru Serting, Jempol, Negeri Sembilan pada 23 Mei 2010 (Ahad).


Oleh itu, bagi peminat sukan xtream ini boleh meluangkan masa bersama keluarga untuk sama-sama menyaksikan aksi-aksi xtream yang bakal dipersembahkan oleh peserta-peserta berpengalaman.


Antara kategori yang bakal dipertandingkan ialah MX Xpert, MX Endurance, MX Veteran, Classic Endurance Open dan Cup Cross open.

 
Karvnival Motocross anjuran 'Jempol Motorcross Jempol Circuit' (JMC) telah mendapat sokongan serta tajaan dari Majlis Daerah Jempol, Majlis Belia Daerah Jempol dan DRC Motocross.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pengerusi Event, En Ujang Kuala Pilah (PR-UKP) di talian 019-602 0538.