.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Thursday, July 22, 2010

AL-FATIHAH.....
PRADAS Adventure Team dan Pengurusan Pusat PRADAS merakamkan Salam Takziah buat Sdr. Ahmad (PR-AAM/9W2AMV) dan keluarga diatas berita sedih kembalinya keRahmtuLlah ayahanda beliau pada pagi Khamis  (22.7.2010).


PR-AAM adalah ahli Pradas yang komited pada tugasan apabila diberi arahan oleh pihak pengurusan PRADAS dan PRAT,oleh itu kesedihan yang rasai oleh beliau dan keluarga turut dirasai oleh semua ahli PRADAS yang lain.

Disini saya dan rakan-rakan PRADAS mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan bersama para syuhada' dan para solihin yang mendampingi RosulLulla S.A.W.
PRAT juga berharap PR-AAM bersabar diatas dugaan hidup ini dan sentiasa berdoa akan kesejahteraan Roh Almarhum.

Rakan-rakan yang melayari blog ini boleh merakamkan Salam Takziah di ruang "Jom QSO".

Thursday, July 15, 2010

PROGRAM AMAL PRADAS BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF AS-SOLIHIN - 31 JULAI 2010

RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF ASSOLOHIN, KANCHONG DARAT, BANTING, K.LANGAT
Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Tel: 03-31873744 / Hp: 019-9587034.


Lokasi yang ke 2 dan ke 3 sedang dalam penyelidikkan petugas PRAT,pemilihan rumah anak yatim tersebut di ambil kira atas faktor fizikal dan kemudahan asas di rumah anak yatim tersebut.


Setelah kaji siasat dilakukan dirumah anak yatim tersebut tidak mendapat sebarang bantuan dan peruntukan dari mana-mana agensi kerajaan seperti Baitulmal, JAIS atau Pusat Zakat Selangor. Sumbangan hanya diterima daripada orang perseorangan dan IKS persendirian.

Oleh yang demikian, PRAT amat mengalu-alukan sumbangan daripada rakan-rakan atau daripada mana-mana syarikat, agensi yang berminat/berkeinginan untuk membantu dengan menghubungi nama-nama seperti berikut:

Penasihat Event :
1. Fadzil Omar (PR-MF)
2. Rosli Kamis (PR-RQ)

Jawatan Kuasa Sukarela :
1. Abdul Razak (PR-RZK) - 017-260 8151
2. Kang Samsol (PR-VS) - 019-376 0404
3. Irham Marcoz (PR-XG) - 012-340 7663
4. Najib Jib auto (PR-XE) - 019-273 9916
5. Pak Deris (PR-IH) - 012-218 8158
6. Ramli (PR-RBA) - 012-201 2294
7. Shafiee (PR-SBM) - 012-309 5173
8. Abg Jem (PR-LEI) -
9. Rosli (PR-GS) - 019-503 9053

Sumbangan daripada anda semua adalah diharapkan Jbagi meringankan beban saudara kita. dan sama-samalah kita berdoa agar niat kita untuk menjayakan event amal tersebut berjaya dan diberkati Allah S.W.T.

Program Amal ini adalah xtvt penutup PRAT sebelum ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak di mana terdapat 2 atau 3 lokasi pilihan PRAT untuk dijadikan lokasi Program Amal tersebut.


Mesyuarat berkenaan Program Amal ini akan diberitahu melalui sms dan di jalur PRADAS (142.800MHz).

Terima Kasih.

Mari membuat kebajikan bersama PRADAS.

Monday, July 5, 2010

1 PUTRAJAYA INTER-PARKS RIDE @ PROMENADE

PRADAS Adventure Team sekali lagi di beri kepercayaan oleh Perbadanan Putra Jaya untuk sama-sama menjayakan program 1 PUTRAJAYA INTER-PARKS RIDE @ PROMENADE dengan tema "Healthy Parks Healtyh People" pada 18hb Julai nanti.


Pada 3hb lepas PRADAS telah dijemput menghadiri ke mesyuarat event tersebut,PRADAS telah diwakili oleh PR-RZK dan PR-XG dan terus di lantik sebagai AJK penganjur bersama.Hasil mesyuarat tersebut,satu tarikh telah ditetapkan untuk diadakan event tersebut.:-

1 PUTRA JAYA INTER-PARKS RIDE @ PROMENADE
"Healthy Parks Healty People"
Tarikh : 18 julai 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Monumen Alaf Baru
Basikal : MTB dan Road Bike
(Sila bawa basikal sendiri)

Berbagai acara akan diadakan seperti cabutan bertuah,makanan dan minuman adalah percuma.yang paling 
penting ialah penyertaan adalah PERCUMA.

Oleh itu mari lah kita bersama-sama datang untuk menyayakan event tersebut disamping menyihatkan
tubuh badan dan merapatkan hubungan kekeluargaan.

"BADAN SIHAT MAJU PRADAS "


De Secretariat
PRADAS Adventure Team

Friday, July 2, 2010

Gathering RAE 2010-2 @ Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, K.Lumpur 30/6/2010

Pihak Sektreteriat PRADAS Adventure Team mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua rakan-rakan yang telah menduduki RAE 2010-2 pada 30 Jun 2010 di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Diharapkan semua rakan-rakan berjaya dalam RAE 2010-2 tersebut dan dapat memeriahkan lagi dunia Komunikasi Radio Amatur di Malaysia.


De Sekretriat PRAT.....73!
PRADAS Adventure Team

Sunday, June 27, 2010

AL-FATIHAH......

PRADAS Adventure Team dan pengurusan PRADAS ingin menzahirkan ucapan takziah buat Pak Lah (PR-JHR / 9w2HOZ) sekeluarga atas kembalinya me RahmatuLlah
ayahanda beliau pada hari sabtu (25hb april 2010) lepas jam 8 malam.

Semoga roh Allahyarham akan ditempatkan bersama golongan para syuhada' dan para Solihin.

PRAT berharap agar Pak Lah bersabar atas dugaan dan ujian yg diterima dari Allah SWT,
semua kejadian ada hikmahnya.

"Semua insan yang beryawa akan merasai kematian "

Wednesday, June 23, 2010

Semakan Pemohonan Menduduki RAE2010-2

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukacita memaklumkan bahawa calon-calon peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2) yang akan berlangsung di seluruh negara pada 2:00 Petang, 30 Jun 2010,  kini boleh menyemak status permohonan mereka secara atas talian (on-line).

Dewan/Bilik Peperiksaan
:
Pacific Ballroom
Alamat Pusat Peperiksaan : Level 2, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Jalan Putra
50350 Kuala Lumpur
WP Kuala Lumpur

Untuk melakukan penyemakan sila kunjungi:


PRADAS Adventure Team mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada rakan-rakan yang menduduki RAE2010-2.  Good Luck!