.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Thursday, August 5, 2010

''EYEBALL & CAMPING' PERDANA
@ ULU TAMU - 7 & 8 Ogos 2010

PRADAS Adventure Team menjemput semua Peminat Sukan 4x4 dan Peminat Radio Komunikasi untuk menyertai 'Eyeball & Camping' Perdana pada 7 & 8 Ogos 2010 di Ulu Tamu.  Program ini adalah penutup sebelum ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Lokasi
Kem Hamzah, Ulu Tamu, Batang Kali

Tarih
7 dan 8 Ogos 2010 (Sabtu & Ahad)

Lokasi Konvoi Berkumpul:
11.00 pagi (7/8/2010) - Petronas Sg. Tua, Bt. Caves

Yuran Penyertan
Hanya RM10 dan membawa sendiri 1kg daging/ikan/udang/ketam/kerang/sotong atau seekor ayam (mesti telah dicampur dgn rempah ratus) untuk setiap keluarga.

Aktiviti Program

7/8/2010
  • Ø  Bacaan Yaasin, Doa Selamat & Kesyukuran sempena Menyambut Ramadhan al-Mubarak
  • Ø  BBQ
8/8/2010

  • Ø  Sukaneka bersama Keluarga
  • Ø  4x4 Sports Challenge
Semoga dengan Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim di kalangan rakan-rakan yang sebelum agak sibuk dengan tugasan masing-masing.


Kalau masa mengizinkan, akan diadakan acara sukaneka untuk anak-anak dan keluarga pada pagi 8/8/2010 (ahad).  Dijangka konvoi bergerak balik pada jam 2 petang (ahad).

Maklumat lanjut, sila hubungi PR-XG di 012-3407663 / 017-2959007

PROGRAM AMAL ANAK-ANAK YATIM - PRADAS 2010

Tahniah dan Syabas buat rakan-rakan PRADAS Adventure Team dan semua Kelab-Kelab yang terlibat dalam Program Amal bersama Ahli Rumah Anak-Anak Yatim & Asnay As-Solihin, Banting pada 31 Julai 2010 yang lalu. Saya yang mana boleh le dikatakan pihak tuan rumah mengucapkan jutaan Terima Kasih yang tak terhingga di atas segala sumbangan dan keprihatinan semua pihak dalam menjayakan Program Amal tersebut...... apapun semoga kita semua akan diberi Rahmat dan Keberkatan oleh yang Maha Esa.... Insyallah...








Presiden PRADAS (PR-MF)


Tn. Hj. Ramlan (PR-VSR )





Project Manager - Pak Marcoz (PR-XG)




* Diadaptasi dan Ihsan dari http://kang4x4adventure.blogspot.com

De Secretariat
PRADAS Adventure Team

Friday, July 23, 2010

PROGRAM AMAL PRADAS BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF AS-SOLIHIN - 31 JULAI 2010

Pihak PRADAS Adventure Team akan menganjurkan satu Program Amal menyalurkan sumbangan/bantuan ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat, Banting, Klang.
Tarikh
31 JULAI 2010 (SABTU)

Lokasi
RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF AS-SOLIHIN
Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Tel: 03-31873744 / Hp: 019-9587034

Tentatif Program
8.00 pagi - Peserta Konvoi Berkumpul di R&R Serdang
8.30 pagi - Perserta Konvoi Memulakan Perjalanan
9.30 pagi - Bertemu Peserta Konvoi 2 di Masjid Dengkil
10.30 pagi - Tiba di Lokasi & Disambut oleh Pengetua Rumah Anak Yatim Asnaf As-Solihin
11.00 pagi - Ucapan Ringkas oleh Pengerusi Majlis & Wakil PRAT seterusnya Ucapan & Perasmian oleh Tn. Presiden PRADAS

Aktiviti yang bakal dijalankan
1. Kutipan Derma Kilat untuk Anak Yatim & Asnaf
2. Acara Mengisi Kekabu ke dalam Bantal oleh Peserta Wanita
3. Acara memasak otak-otak oleh Peserta Lelaki

1.30 ptg - Jamuan Makan Tengahari & Majlis Bersurai

Program Amal ini bertujuan menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada Penghuni-Penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.

Dimaklumkan bahawa Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin masih tidak mendapat sebarang bantuan atau sumbangan dari mana-mana agensi kerajaan atau persendirian. Bantuan dan sumbangan hanya diperolehi daripada orang perseorangan yang prihatin.

Oleh itu, PRADAS Adventure Team mengambil inisiatif menganjurkan Program Amal ini untuk kita bersama-sama munyumbang dan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Penghuni-Penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.

Sumbangan Ikhlas anda semua berupa wang ringgit, barang keperluan seperti katil, tilam, bantal atau pakaian serta barangan makanan amatlah diperlukan untuk penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf ini.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke:

RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF AS-SOLIHIN
Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Tel: 03-31873744 / Hp: 019-9587034

Atau dengan menghubungi Sdr. Irham@MARCOZ (PR-XG) - 012-340 7663. Sumbangan juga akan dikumpulkan di Rumah Sdr. Masturi (PR-WM) dan akan dihantar pada Sabtu, 31 Julai 2010 atau dibawa bersama semasa hari tersebut.

Sumbangan Ikhlas kita semua amatlah dihargai dan semoga mendapat keberkatan.

QRU 73!

De Secretariat
PRADAS Adventure Team

Thursday, July 22, 2010

AL-FATIHAH.....
PRADAS Adventure Team dan Pengurusan Pusat PRADAS merakamkan Salam Takziah buat Sdr. Ahmad (PR-AAM/9W2AMV) dan keluarga diatas berita sedih kembalinya keRahmtuLlah ayahanda beliau pada pagi Khamis  (22.7.2010).


PR-AAM adalah ahli Pradas yang komited pada tugasan apabila diberi arahan oleh pihak pengurusan PRADAS dan PRAT,oleh itu kesedihan yang rasai oleh beliau dan keluarga turut dirasai oleh semua ahli PRADAS yang lain.

Disini saya dan rakan-rakan PRADAS mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan bersama para syuhada' dan para solihin yang mendampingi RosulLulla S.A.W.
PRAT juga berharap PR-AAM bersabar diatas dugaan hidup ini dan sentiasa berdoa akan kesejahteraan Roh Almarhum.

Rakan-rakan yang melayari blog ini boleh merakamkan Salam Takziah di ruang "Jom QSO".

Thursday, July 15, 2010

PROGRAM AMAL PRADAS BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF AS-SOLIHIN - 31 JULAI 2010

RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF ASSOLOHIN, KANCHONG DARAT, BANTING, K.LANGAT
Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Tel: 03-31873744 / Hp: 019-9587034.


Lokasi yang ke 2 dan ke 3 sedang dalam penyelidikkan petugas PRAT,pemilihan rumah anak yatim tersebut di ambil kira atas faktor fizikal dan kemudahan asas di rumah anak yatim tersebut.


Setelah kaji siasat dilakukan dirumah anak yatim tersebut tidak mendapat sebarang bantuan dan peruntukan dari mana-mana agensi kerajaan seperti Baitulmal, JAIS atau Pusat Zakat Selangor. Sumbangan hanya diterima daripada orang perseorangan dan IKS persendirian.

Oleh yang demikian, PRAT amat mengalu-alukan sumbangan daripada rakan-rakan atau daripada mana-mana syarikat, agensi yang berminat/berkeinginan untuk membantu dengan menghubungi nama-nama seperti berikut:

Penasihat Event :
1. Fadzil Omar (PR-MF)
2. Rosli Kamis (PR-RQ)

Jawatan Kuasa Sukarela :
1. Abdul Razak (PR-RZK) - 017-260 8151
2. Kang Samsol (PR-VS) - 019-376 0404
3. Irham Marcoz (PR-XG) - 012-340 7663
4. Najib Jib auto (PR-XE) - 019-273 9916
5. Pak Deris (PR-IH) - 012-218 8158
6. Ramli (PR-RBA) - 012-201 2294
7. Shafiee (PR-SBM) - 012-309 5173
8. Abg Jem (PR-LEI) -
9. Rosli (PR-GS) - 019-503 9053

Sumbangan daripada anda semua adalah diharapkan Jbagi meringankan beban saudara kita. dan sama-samalah kita berdoa agar niat kita untuk menjayakan event amal tersebut berjaya dan diberkati Allah S.W.T.

Program Amal ini adalah xtvt penutup PRAT sebelum ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak di mana terdapat 2 atau 3 lokasi pilihan PRAT untuk dijadikan lokasi Program Amal tersebut.


Mesyuarat berkenaan Program Amal ini akan diberitahu melalui sms dan di jalur PRADAS (142.800MHz).

Terima Kasih.

Mari membuat kebajikan bersama PRADAS.

Monday, July 5, 2010

1 PUTRAJAYA INTER-PARKS RIDE @ PROMENADE

PRADAS Adventure Team sekali lagi di beri kepercayaan oleh Perbadanan Putra Jaya untuk sama-sama menjayakan program 1 PUTRAJAYA INTER-PARKS RIDE @ PROMENADE dengan tema "Healthy Parks Healtyh People" pada 18hb Julai nanti.


Pada 3hb lepas PRADAS telah dijemput menghadiri ke mesyuarat event tersebut,PRADAS telah diwakili oleh PR-RZK dan PR-XG dan terus di lantik sebagai AJK penganjur bersama.Hasil mesyuarat tersebut,satu tarikh telah ditetapkan untuk diadakan event tersebut.:-

1 PUTRA JAYA INTER-PARKS RIDE @ PROMENADE
"Healthy Parks Healty People"
Tarikh : 18 julai 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Monumen Alaf Baru
Basikal : MTB dan Road Bike
(Sila bawa basikal sendiri)

Berbagai acara akan diadakan seperti cabutan bertuah,makanan dan minuman adalah percuma.yang paling 
penting ialah penyertaan adalah PERCUMA.

Oleh itu mari lah kita bersama-sama datang untuk menyayakan event tersebut disamping menyihatkan
tubuh badan dan merapatkan hubungan kekeluargaan.

"BADAN SIHAT MAJU PRADAS "


De Secretariat
PRADAS Adventure Team