.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Wednesday, September 22, 2010

BREAKING NEWS

Dukacita dimaklumkan rakan kita PR-JAT (9W2TLJ) telah dimasukkan ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam setelah mengalami melecur di muka dan tangan akibat kemalangan semasa menjalankan kerja-kerja selenggaraan TNB Sub-Station di Bangunan MBSA.

Keadaan beliau kini telah stabil dan sesiapa yang ingin melawat, beliau kini berada di:

Wad 3B, Bilik No.346
Tingkat 3
KPJ Selangor Specialist Hospital
Seksyen 20, Shah Alam


Keadaan PR-JAT selepas mendapat rawatan selama 2 jam daripada doktor

PR-JAT berada di wad ditemani XYL & YLs yang cun2!

Gambar YL yang sempat diambil sedang merawat PR-JAT (Jeles aku!)

Antara rakan2 prihatin yang datang melawat beliau

De Secretariat
PRADAS Adventure Team

Saturday, September 18, 2010

1 PUTRAJAYA INTER PARK RIDE @ promenade

PRADAS Adventure Team telah di jemput sekali lagi untuk membantu dalam menjayakan event berbasikal
santai yang akan berlangsung di Putrajaya pada 3hb. okt 2010 ( ahad ).Walaupun usia PRAT baru menjangkau 6 bulan,tetapi ia mula di kenali oleh orang ramai..:-


Event : 1 Putrajaya Inter Park Ride @ Promenade.

Tarikh : 3.10.2010 ( Ahad )

Masa : 7:00 Pagi - 12:00 Tengahari.

Penyertaan : Percuma

Ativiti : Pertandingan Mewarna,Cabutan Bertuah dan lain-lain.

H/P : Marcoz - 012-3407663 / 017-2959007


Diharapkan ahli-ahli PRADAS dapat sama menjayakan event ini dan sama hadir bersama keluarga kerana berbagai aktiviti akan diadakan semasa event tersebut berlangsung.Selain dapat menyihatkan tubuh badan,ia juga dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA

PRADAS Adventure Team telah diamanahkan untuk menjemput semua peminat 4x4 dan ahli PRADAS ke
rumah terbuka Hamzah ( pengendali Camp Hamzah ) iaitu lokasi sambutan awal Ramadhan PRADAS yang lalu.


Lokasi : Naily's Eco Resort

Tarikh : 25.9.2010

Masa : 12:00 tengahari -10:00 malam.

H/P ; pr-ce - ( 016-9001089 )


Semoga dengan kehadiran rakan kemajlis tersebut dapat merapatkan hubungan silatur-Rohim sesama kita.,
bermaaf-maafan dan bertukar pendapat tanpa mengira jawatan atau kelab.

Monday, September 6, 2010

Riang Ria Majlis Berbuka Puasa bersama PRADAS @ Bdr. Baru Bangi pada 25 Ramadhan 1431H (4/9/2010)


De Secretariat
PRADAS Adventure Team

Wednesday, September 1, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PRADAS
Pada 4-9-2010 / 25 Ramadhan 1431H

Sempena menyambut Ramadhan al-Mubarak yang penuh dengan KEBERKATAN ini, PRADAS dengan penuh hormatnya menjemput semua ahli PRADAS untuk bersama-sama ke Majlis Berbuka Puasa Bersama PRADAS pada SABTU, 4/9/2010 (25 Ramadhan 1431H), Bertempat di 'PRADAS PORTHOUSE' @ SESKYEN 15, BDR. BARU BANGI (Padang Bola berhampiran Kedai PR-SJ @ Kak Fidah).

Juadah Berbuka Puasa adalah secara ‘pot luck’ atau membawa sendiri juadah masing-masing dan akan dikongsi bersama rakan-rakan lain.

Kehadiran anda bersama keluarga adalah digalakkan untuk memeriahkan lagi Majlis Berbuka Puasa tersebut.  Semoga Kehadiran anda semua kita lebih mengenali antara satu sama lain  dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim.  

Dimaklumkan juga pada 3/9/2010 (24 Ramadhan 1431H) selepas Solat Terawih, akan diadakan Program Gotong-Royong Memasak Rendang & Nasi Impit untuk Juadah Majlis Berbuka Puasa Bersama PRADAS (4/9/2010).

Maklumat lanjut, sila hubungi PR-RQ (Lee Bangi) atau PR-XG (Marcoz) @ 012-295 9007 atau di frekuensi PRADAS.

Digalakkan untuk membawa juadah sendiri untuk dikongsi bersama.

De Secretariat
PRADAS Adventure Team

Tuesday, August 24, 2010

AMAL RAMADHAN PRADAS DI SEPANG

PRADAS Adventure Team sekali lagi akan menganjurkan satu xtvt amal di bulan Ramadhan yang mulia ini.Event amal Ramadhan di Sepang ni adalah kesinambungan dari event amal di Rumah Anak-Anak Yatim Asnaf diBanting,ini adalah kerana sifat pemurah ahli-ahli PRADAS dan rakan-rakan.

Event amal ini adalah satu event luar jangkaan ( bidang terjun ) kerana pada awalnya tiada didalam kelendar xtvt PRAT,tetapi atas desakan sifat pemurah rakan-rakan yang terus menyumbang tanpa henti.Atas inisiatif ini PRAT melahirkan rasa bertanggung jawab untuk menyampaikan sumbangan tersebut terus kepada yang layak.

Maklumat dan atur cara event :

Tarikh : 29.8.2010 ( Ahad )
Masa : 10 pagi - 6 petang
Lokasi Sasaran : Dengkil - Jenderam hilir/hulu - Sg. Merab - Bukit Changgang dan kawasan
sekitarnya
Barangan
yang diperlukan : Wang Ringgit ( duit raya ) - Beras - Gula -Minyak Masak - Kopi - Gula - Tepung - Susu Pekat - Pakaian Raya ( pakaian yang terpakai yang masih elok diterima )
Minuman Berkabonat - Biskut dan lain-lain.
Lokasi Berbuka
Puasa : Sedang dalam perbincangan dengan penduduk tempatan.
Lokasi Penyerahan /
Menyimpan Bahan Sumbangan : Rumah Wak Mastori ( PR-WM )
Frequensi : PRADAS (142.800 ) dan V 17

PRAT masih mengharapkan sumbangan dari ahli-ahli PRADAS dan rakan-rakan lain,ini kerana
masih ada barangan yang tidak mencukupi,semoga dengan amalan sedekah ini diberkati Allah dan rezki anda berlipat kali ganda.


PRAT BERAMAL PRADAS DIKENALI
JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN DAN BERBUKA PUASA
BERSAMA FUSION EXCEL @ MAEPS, SERDANG

Dengan hormatnya menjemput kepada rakan-rakan PRADAS amnya dan khusus rakan-rakan yang terlibat untuk ‘event’ bersama Fusion Excel @ MAEPS, Serdang yang lalu untuk memeriahkan Majlis Jamuan dan Berbuka Puasa, seperti berikut:

Tarikh         : 28 Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat       : MAEPS, Serdang

Kehadiran anda bersama keluarga amatlah dihargai.

Info lanjut: Hubungi PR-MO (Mod) @ 019-317 2680

De Secretariat
PRADAS Adventure Team