.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Friday, July 23, 2010

PROGRAM AMAL PRADAS BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF AS-SOLIHIN - 31 JULAI 2010

Pihak PRADAS Adventure Team akan menganjurkan satu Program Amal menyalurkan sumbangan/bantuan ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat, Banting, Klang.
Tarikh
31 JULAI 2010 (SABTU)

Lokasi
RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF AS-SOLIHIN
Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Tel: 03-31873744 / Hp: 019-9587034

Tentatif Program
8.00 pagi - Peserta Konvoi Berkumpul di R&R Serdang
8.30 pagi - Perserta Konvoi Memulakan Perjalanan
9.30 pagi - Bertemu Peserta Konvoi 2 di Masjid Dengkil
10.30 pagi - Tiba di Lokasi & Disambut oleh Pengetua Rumah Anak Yatim Asnaf As-Solihin
11.00 pagi - Ucapan Ringkas oleh Pengerusi Majlis & Wakil PRAT seterusnya Ucapan & Perasmian oleh Tn. Presiden PRADAS

Aktiviti yang bakal dijalankan
1. Kutipan Derma Kilat untuk Anak Yatim & Asnaf
2. Acara Mengisi Kekabu ke dalam Bantal oleh Peserta Wanita
3. Acara memasak otak-otak oleh Peserta Lelaki

1.30 ptg - Jamuan Makan Tengahari & Majlis Bersurai

Program Amal ini bertujuan menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada Penghuni-Penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.

Dimaklumkan bahawa Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin masih tidak mendapat sebarang bantuan atau sumbangan dari mana-mana agensi kerajaan atau persendirian. Bantuan dan sumbangan hanya diperolehi daripada orang perseorangan yang prihatin.

Oleh itu, PRADAS Adventure Team mengambil inisiatif menganjurkan Program Amal ini untuk kita bersama-sama munyumbang dan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Penghuni-Penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.

Sumbangan Ikhlas anda semua berupa wang ringgit, barang keperluan seperti katil, tilam, bantal atau pakaian serta barangan makanan amatlah diperlukan untuk penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf ini.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke:

RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF AS-SOLIHIN
Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Tel: 03-31873744 / Hp: 019-9587034

Atau dengan menghubungi Sdr. Irham@MARCOZ (PR-XG) - 012-340 7663. Sumbangan juga akan dikumpulkan di Rumah Sdr. Masturi (PR-WM) dan akan dihantar pada Sabtu, 31 Julai 2010 atau dibawa bersama semasa hari tersebut.

Sumbangan Ikhlas kita semua amatlah dihargai dan semoga mendapat keberkatan.

QRU 73!

De Secretariat
PRADAS Adventure Team

2 comments:

ahmad said...

assalamualaikum,
kalau tak keberatan boleh diinfokan tentatif program yang akan dirancang pada hari kejadian nanti. Syukran

. said...

salam, sy mewakili kwn2 dr kolej komuniti kuala langat ade wt RETRO & CHARITY DINNER 2010 utk rumah anak yatim as solihin, kanch0ng.kwn2 di alu2kn utk memeriahkn n meramaikn event kami dgn harga RM55/pax..program akan diadakan di Kelab golf sultan abdul aziz shah, seksyen 13, shah alam.. sekiranya ada pertanyaan, sila email sy di alamat nurul_ika88@yahoo.com