.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Thursday, April 29, 2010

Pameran Hari Keselamatan & Kesihatan Sedunia - 28/4/2010

BANGI-28 APR.2010 (Rabu): PRADAS telah mencatat satu lagi sejarah kerana satu-satunya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah dijemput untuk mengadakan pameran di NIOSH sempena HARI KESELAMATAN & KESIHATAN SEDUNIA antara jabatan-jabatan kerajaan yang membuat pameran seperti BOMBA, DOSH, NIOSH, Kementerian Kesihatan Malaysia, KSM, KPM dan lain-lain lagi.


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB. Dato' S. Subramaniam, turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB. Dato' Maznah, Tan Sri Lim Lam Tye, Pengerusi Keselamatan Negara, Pengarah Keselamatan Negara serta Ketua-ketua Jabatan dari seluruh negara.




Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh kakitangan kerajaan yang dipilih dari seluruh negara dan berbagai-bagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut.


'Booth' pameran PRADAS adalah antara 'booth' yang mendapat perhatian dari pada pengunjung sepanjang  pameran berlangsung di mana 2 buah kenderaan pacuan 4x4 PRAT yang canggih terutamanya LC 4x4 milik PR-DT yang turut menarik perhatian Ketua Pengarah Keselamatan Negara.

 







PRAT mengucap jutaan terima kasih pada NIOSH (PR-YBA) kerana menjemput PRADAS ke pameran tersebut, pada petugas-petugas PRAT, penaja seperti PR-RZK, PR-ISM, PR-SBM, PR-SJ, PR-BJJ, PR-SMC, PR-RLY, PR-QR, PR-WSW, PR-EPY, PR-MO dan kepada yang terlibat secara langusng atau tidak langsung bagi menjayakan pameran tersebut... Go PRADAS Adventure Team! Go PRADAS!


Eyeball Perdana Viva Owners Club Bersama PRADAS - 24/4/2010

Monday, April 26, 2010

Perutusan daripada Board of PRADAS Adventure Team

Selamat Datang kepada semua pelawat yang melayari blog pradasadventure.blogspot.com, di sini saya nak menzahir penghargaan yang tidak terhingga buat admin, beliau sanggup meluangkan masa untuk memeriahkan lagi xtvt lasak seperti 4x4,motocros,painball dan sebagainya.


Tujuan Biro PRADAS Adventure Team ini diwujudkan adalah untuk memeriahkan lagi warna-warni xtvt lasak. Ia juga sebagai pemangkin kepada PRADAS sendiri yang mana semua Peminat Radio Amatur sedia maklum.

Semua xtvt PRADAS akan disiarkan di sini, ia untuk memudahkan pada Peminat Radio Amatur, 4x4 dan xtvt lasak lain untuk mengetahui informasi dan xtvt terbaru.


Selain dari xtvt lasak, PRADAS Adventure Team juga akan terbabit dengan Khidmat Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam..baik dari segi bantuan komunukasi dan sebagainya tapi., PRADAS Adventure Team bukan sebuah kelab atau persatuan...hanya sebagai salah satu dari BIRO didalam PRADAS. Terima Kasih 73!

Thursday, April 15, 2010

Gathering RAE 2010-01 @SACC, Shah Alam



SHAH ALAM Apr.14, 2010 - Bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) telah berlangsung Peperiksaan Radio Amatur untuk Siri RAE 2010-01 di mana telah dihadiri oleh ramai rakan dari Ahli PRADAS terutamanya dan Hams Radio Amatur Wilayah Tengah untuk memberi sokongan moral kepada calon-calon yang menduduki RAE 2010-01.

Antara antara ahli PRADAS yang menduduki RAE 2010-01, PR-MFR (Pak Long Fahmi), PR-JAT, PR-SNN dan ramai lagi.

Dikesempatan itu, ramai rakan Hams Radio telah dapat ber'eyeball' dan bersalaman serta perlbagai cerita menarik dapat dikongsi selain menambahkan keakraban persahabatan walaupun sebelum ini hanya mesra di udara.
PRADAS Adventure Team mengucapkan "Selamat Berjaya" kepada semua calon RAE 2010-01 dan mengharapkan lebih ramai lagi Pengendali Radio Amatur di Malaysia seterusnya dapat memeriahkan lagi dunia Radio Amatur.  QRT 73!


Pemenang Hadiah Teka Gula-gula @ Jom Santai 1 Keluarga Bersama PRADAS, Kenaboi Camp-N9

PEMENANG UTAMA 1 x RIG MOBILE KENWOOD*
PR-SB (Sdr. Syamsul Nizam) - camne die ni boleh menang??!!!!

PEMENANG 9 x HADIAH SAGUHATI*
1. PR-OB (Pak Lang)
2. PR-RQ (Pak Lee Bangi)
3. PR-RZK (Pak Razak)
4. PR-TB (Pak Taib)
5. PR-DAS (Amin)
6. PR-JIT
7. PR-NN (Nana...naa..naaa ganu kiteee...)
8. Sdr. Mahadi b. Mazlan
9. Yati @9W2AMV

*P/s: Hadiah boleh dituntut kat PR-XG....lambat die burned.

PRADAS Adventure Team mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang berjaya dan mengucapkan syabas kepada semua yang telah menyertai Pertandingan Teka Gula-gula Kenaboi.

Juga Terima Kasih Daun Keladi kepada Pak Presiden PRADAS, PR-MF kerana sumbangan ikhlas Hadiah Utama dan kepada semua Penaja.  >> Lain kali sponsor lagi....

QRT 73!

Wednesday, April 14, 2010

Radio Amateur Examination for the year 2010 (RAE 2010-1)

14 April 2010 – The first series of the Radio Amateur Examination for the year 2010 (RAE 2010-1).
The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is pleased to announce that candidates’ status to sit for RAE 2010-1 may now be verified online.

Please click on the following link:
RAE2010-1 Candidate Verification Status