.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Thursday, April 29, 2010

Pameran Hari Keselamatan & Kesihatan Sedunia - 28/4/2010

BANGI-28 APR.2010 (Rabu): PRADAS telah mencatat satu lagi sejarah kerana satu-satunya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah dijemput untuk mengadakan pameran di NIOSH sempena HARI KESELAMATAN & KESIHATAN SEDUNIA antara jabatan-jabatan kerajaan yang membuat pameran seperti BOMBA, DOSH, NIOSH, Kementerian Kesihatan Malaysia, KSM, KPM dan lain-lain lagi.


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB. Dato' S. Subramaniam, turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB. Dato' Maznah, Tan Sri Lim Lam Tye, Pengerusi Keselamatan Negara, Pengarah Keselamatan Negara serta Ketua-ketua Jabatan dari seluruh negara.




Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh kakitangan kerajaan yang dipilih dari seluruh negara dan berbagai-bagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut.


'Booth' pameran PRADAS adalah antara 'booth' yang mendapat perhatian dari pada pengunjung sepanjang  pameran berlangsung di mana 2 buah kenderaan pacuan 4x4 PRAT yang canggih terutamanya LC 4x4 milik PR-DT yang turut menarik perhatian Ketua Pengarah Keselamatan Negara.

 







PRAT mengucap jutaan terima kasih pada NIOSH (PR-YBA) kerana menjemput PRADAS ke pameran tersebut, pada petugas-petugas PRAT, penaja seperti PR-RZK, PR-ISM, PR-SBM, PR-SJ, PR-BJJ, PR-SMC, PR-RLY, PR-QR, PR-WSW, PR-EPY, PR-MO dan kepada yang terlibat secara langusng atau tidak langsung bagi menjayakan pameran tersebut... Go PRADAS Adventure Team! Go PRADAS!