.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Monday, April 5, 2010

Pelancaran "PRADAS Adventure Team"

Jelebu, N9 - Mar.28, 2010: Program Jom Santai 1 Keluarga Bersama PRADAS telah berlangsung di Kem Kenaboi Adventure, Jelebu, Negeri Sembilan.  Program anjuran Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor (PRADAS) selama 3 hari 2 malam tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan disertai oleh ahli-ahli PRADAS dan juga rakan Radio Hams antaranya dari NESRAC juga Radio Hams lokalan N9.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Pertandingan Karaoke, acara untuk harmonik ahli-ahli PRADAS, BBQ dan pelbagai lagi aktiviti bersesuai dengan tema program, "Santai 1 Keluarga".








Selain itu, PRADAS telah mengorak langkah kehadapan dan  mencipta satu sejarah tersendiri dengan pelancaran "PRADAS Adventure Team telah dilancarkan dengan disempurnakan oleh Presiden PRADAS, Ust. Fadhil (PR-MF/9W2SMF) dengan disaksikan oleh ahli-ahli PRADAS.
Dengan Pelancaran Kelab "PRADAS Adventure Team" ini, pelbagai aktiviti akan dirancang yang melibatkan aktiviti-aktiviti mencabar disamping program-program kemasyarakan.

"PRADAS Adventure Team" mengalu-alukan penyertaan daripada ahli-ahli PRADAS untuk berkongsi pengalaman bersama dalam menjalankan aktiviti anjuran "PRADAS Adventure Team" .

Untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai "PRADAS Adventure Team", boleh berhubung dengan sekreteriat PR-XG/9W2RXG atau email ke pradas.adventure@gmail.com.

QRT 73!

No comments: