16.10.2010 (sabtu) PRADAS Adventure Team sekali dijemput untuk mengadakan pameran kenderaan 4x4 dan penggunaan radio komunikasi dua hala.PRAT yang mewakili PRADAS telah mendapat jemputan tersebut dari Sekolah Tahfiz Al-Qiblah,Dengkil,Selangor.
PRAT telah di beri satu 'booth' pameran,selain dari mempamerkan radio,antena,alat-alat radio lain,PRAT akan memberi peluang pada pengunjung untuk mencuba sendiri cara penggunaan radio komunikasi dua hala.
Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor dan dijangka akan dihadiri
seramai 2000 pengunjung pada hari tersebut.Booth pameran PRAT juga turut mengadakan jualan barang-barang milik ahli.Ahli-ahli PRADAS digalakkan membawa brangan untuk dijual tetapi hendaklah bertanggung jawab atas barangan sendiri tersebut.
Event ini akan diketuai oleh PR-SJ ( Bendahari PRADAS ) dan akan dibantu oleh PR-XG,PR-SMC,PR-RLY,PR-ZFN,PR-AZA dan rakan-rakan lain.
Terima Kasih.
.
Thursday, October 14, 2010
Sunday, October 10, 2010
Eco Hunt & Fun Ride Jab Alam Sekitar Putrajaya
Jabatan Alam Sekitar Putrajaya akan menganjurkan satu program Eco Hunt Berbasikal sempena Minggu Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan pada 23 Oktober 2010 ini.PRAT sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjayakan event tersebut.
Pradas telah diberi kepercayaan membantu bahagian komunikasi,logistic dan trafik,PRAT selaku biro aktiviti Pradas akan memikul tanggung jawab yang diamanahkan oleh pihak JAS.
Event : Eco Hunt & Fun Ride 2010 ( anjuran Jab Alam Sekitar,Putrajaya )
Tarikh : 23hb Oktober 2010
Masa : 7:00 pagi - 1:00 ptg
Lokasi : Mula / Tamat di Kementerian Alam Sekitar,Putrajaya.
Penyertaan : Percuma ( Terbuka untuk semua ketegori ).
Diharapkan dengan penyertaan rakan-rakan dari Pradas dapat memeriahkan lagi aktiviti ini.
Kepada petugas-petugas yang telah dipilih,diharapkan dapat memberi komitmen 100% dan
memberi maklumat yang tepat kepada orang awam tentang radio komunikasi dua hala.
PRAT akan cuba mendapatkan surat sokongan dari semua aktiviti jabatan kerajaan yang disertainya.
Pradas telah diberi kepercayaan membantu bahagian komunikasi,logistic dan trafik,PRAT selaku biro aktiviti Pradas akan memikul tanggung jawab yang diamanahkan oleh pihak JAS.
Event : Eco Hunt & Fun Ride 2010 ( anjuran Jab Alam Sekitar,Putrajaya )
Tarikh : 23hb Oktober 2010
Masa : 7:00 pagi - 1:00 ptg
Lokasi : Mula / Tamat di Kementerian Alam Sekitar,Putrajaya.
Penyertaan : Percuma ( Terbuka untuk semua ketegori ).
Diharapkan dengan penyertaan rakan-rakan dari Pradas dapat memeriahkan lagi aktiviti ini.
Kepada petugas-petugas yang telah dipilih,diharapkan dapat memberi komitmen 100% dan
memberi maklumat yang tepat kepada orang awam tentang radio komunikasi dua hala.
PRAT akan cuba mendapatkan surat sokongan dari semua aktiviti jabatan kerajaan yang disertainya.
Wednesday, September 22, 2010
Dukacita dimaklumkan rakan kita PR-JAT (9W2TLJ) telah dimasukkan ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam setelah mengalami melecur di muka dan tangan akibat kemalangan semasa menjalankan kerja-kerja selenggaraan TNB Sub-Station di Bangunan MBSA.
Keadaan beliau kini telah stabil dan sesiapa yang ingin melawat, beliau kini berada di:
Wad 3B, Bilik No.346
Tingkat 3
KPJ Selangor Specialist Hospital
Seksyen 20, Shah Alam
Keadaan beliau kini telah stabil dan sesiapa yang ingin melawat, beliau kini berada di:
Wad 3B, Bilik No.346
Tingkat 3
KPJ Selangor Specialist Hospital
Seksyen 20, Shah Alam
Keadaan PR-JAT selepas mendapat rawatan selama 2 jam daripada doktor
PR-JAT berada di wad ditemani XYL & YLs yang cun2!
Gambar YL yang sempat diambil sedang merawat PR-JAT (Jeles aku!)
Antara rakan2 prihatin yang datang melawat beliau
De Secretariat
PRADAS Adventure Team
Saturday, September 18, 2010
1 PUTRAJAYA INTER PARK RIDE @ promenade
PRADAS Adventure Team telah di jemput sekali lagi untuk membantu dalam menjayakan event berbasikal
santai yang akan berlangsung di Putrajaya pada 3hb. okt 2010 ( ahad ).Walaupun usia PRAT baru menjangkau 6 bulan,tetapi ia mula di kenali oleh orang ramai..:-
Event : 1 Putrajaya Inter Park Ride @ Promenade.
Tarikh : 3.10.2010 ( Ahad )
Masa : 7:00 Pagi - 12:00 Tengahari.
Penyertaan : Percuma
Ativiti : Pertandingan Mewarna,Cabutan Bertuah dan lain-lain.
H/P : Marcoz - 012-3407663 / 017-2959007
Diharapkan ahli-ahli PRADAS dapat sama menjayakan event ini dan sama hadir bersama keluarga kerana berbagai aktiviti akan diadakan semasa event tersebut berlangsung.Selain dapat menyihatkan tubuh badan,ia juga dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
santai yang akan berlangsung di Putrajaya pada 3hb. okt 2010 ( ahad ).Walaupun usia PRAT baru menjangkau 6 bulan,tetapi ia mula di kenali oleh orang ramai..:-
Event : 1 Putrajaya Inter Park Ride @ Promenade.
Tarikh : 3.10.2010 ( Ahad )
Masa : 7:00 Pagi - 12:00 Tengahari.
Penyertaan : Percuma
Ativiti : Pertandingan Mewarna,Cabutan Bertuah dan lain-lain.
H/P : Marcoz - 012-3407663 / 017-2959007
Diharapkan ahli-ahli PRADAS dapat sama menjayakan event ini dan sama hadir bersama keluarga kerana berbagai aktiviti akan diadakan semasa event tersebut berlangsung.Selain dapat menyihatkan tubuh badan,ia juga dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
JEMPUTAN RUMAH TERBUKA
PRADAS Adventure Team telah diamanahkan untuk menjemput semua peminat 4x4 dan ahli PRADAS ke
rumah terbuka Hamzah ( pengendali Camp Hamzah ) iaitu lokasi sambutan awal Ramadhan PRADAS yang lalu.
Lokasi : Naily's Eco Resort
Tarikh : 25.9.2010
Masa : 12:00 tengahari -10:00 malam.
H/P ; pr-ce - ( 016-9001089 )
Semoga dengan kehadiran rakan kemajlis tersebut dapat merapatkan hubungan silatur-Rohim sesama kita.,
bermaaf-maafan dan bertukar pendapat tanpa mengira jawatan atau kelab.
rumah terbuka Hamzah ( pengendali Camp Hamzah ) iaitu lokasi sambutan awal Ramadhan PRADAS yang lalu.
Lokasi : Naily's Eco Resort
Tarikh : 25.9.2010
Masa : 12:00 tengahari -10:00 malam.
H/P ; pr-ce - ( 016-9001089 )
Semoga dengan kehadiran rakan kemajlis tersebut dapat merapatkan hubungan silatur-Rohim sesama kita.,
bermaaf-maafan dan bertukar pendapat tanpa mengira jawatan atau kelab.
Monday, September 6, 2010
Wednesday, September 1, 2010
JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PRADAS
Pada 4-9-2010 / 25 Ramadhan 1431H
Sempena menyambut Ramadhan al-Mubarak yang penuh
dengan KEBERKATAN ini, PRADAS dengan penuh hormatnya menjemput semua ahli
PRADAS untuk bersama-sama ke Majlis Berbuka Puasa Bersama PRADAS pada SABTU, 4/9/2010 (25 Ramadhan 1431H),
Bertempat di 'PRADAS PORTHOUSE' @ SESKYEN 15, BDR. BARU BANGI (Padang Bola berhampiran Kedai PR-SJ @ Kak Fidah).
Juadah Berbuka Puasa adalah secara ‘pot luck’ atau
membawa sendiri juadah masing-masing dan akan dikongsi bersama rakan-rakan
lain.
Kehadiran anda bersama keluarga adalah digalakkan
untuk memeriahkan lagi Majlis Berbuka Puasa tersebut. Semoga Kehadiran anda semua kita lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Dimaklumkan juga pada 3/9/2010 (24 Ramadhan 1431H)
selepas Solat Terawih, akan diadakan Program Gotong-Royong Memasak Rendang
& Nasi Impit untuk Juadah Majlis Berbuka Puasa Bersama PRADAS (4/9/2010).
Maklumat lanjut, sila hubungi PR-RQ (Lee Bangi) atau
PR-XG (Marcoz) @ 012-295 9007 atau di frekuensi PRADAS.
Digalakkan
untuk membawa juadah sendiri untuk dikongsi bersama.
De Secretariat
PRADAS Adventure Team
Tuesday, August 24, 2010
AMAL RAMADHAN PRADAS DI SEPANG
PRADAS Adventure Team sekali lagi akan menganjurkan satu xtvt amal di bulan Ramadhan yang mulia ini.Event amal Ramadhan di Sepang ni adalah kesinambungan dari event amal di Rumah Anak-Anak Yatim Asnaf diBanting,ini adalah kerana sifat pemurah ahli-ahli PRADAS dan rakan-rakan.
Event amal ini adalah satu event luar jangkaan ( bidang terjun ) kerana pada awalnya tiada didalam kelendar xtvt PRAT,tetapi atas desakan sifat pemurah rakan-rakan yang terus menyumbang tanpa henti.Atas inisiatif ini PRAT melahirkan rasa bertanggung jawab untuk menyampaikan sumbangan tersebut terus kepada yang layak.
Maklumat dan atur cara event :
Tarikh : 29.8.2010 ( Ahad )
Masa : 10 pagi - 6 petang
Lokasi Sasaran : Dengkil - Jenderam hilir/hulu - Sg. Merab - Bukit Changgang dan kawasan
sekitarnya
Barangan
yang diperlukan : Wang Ringgit ( duit raya ) - Beras - Gula -Minyak Masak - Kopi - Gula - Tepung - Susu Pekat - Pakaian Raya ( pakaian yang terpakai yang masih elok diterima )
Minuman Berkabonat - Biskut dan lain-lain.
Lokasi Berbuka
Puasa : Sedang dalam perbincangan dengan penduduk tempatan.
Lokasi Penyerahan /
Menyimpan Bahan Sumbangan : Rumah Wak Mastori ( PR-WM )
Frequensi : PRADAS (142.800 ) dan V 17
PRAT masih mengharapkan sumbangan dari ahli-ahli PRADAS dan rakan-rakan lain,ini kerana
masih ada barangan yang tidak mencukupi,semoga dengan amalan sedekah ini diberkati Allah dan rezki anda berlipat kali ganda.
PRAT BERAMAL PRADAS DIKENALI
JEMPUTAN
KE MAJLIS JAMUAN DAN BERBUKA PUASA
BERSAMA
FUSION EXCEL @ MAEPS, SERDANG
Dengan
hormatnya menjemput kepada rakan-rakan PRADAS amnya dan khusus rakan-rakan yang
terlibat untuk ‘event’ bersama Fusion Excel @ MAEPS, Serdang yang lalu untuk
memeriahkan Majlis Jamuan dan Berbuka Puasa, seperti berikut:
Tarikh :
28 Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat :
MAEPS, Serdang
Kehadiran
anda bersama keluarga amatlah dihargai.
De Secretariat
PRADAS Adventure Team
Thursday, August 19, 2010
Jemputan Majlis Berbuka Puasa @ Lubuk Kawah (Teratak Bernam Riverview, Ulu Bernam)
ASSALAMMUALAIKUM WBT…
Salam buat semua rakan 4Wheelers di Lembah Kelang, waktu...waktu begini, ramai yang buat majlis berbuka puasa, Alhamdulillah...musim dan waktu yang teramat menyeronokkan malah mengeratkan hubungan silatulrahim di antara kita semua...Syabassss!
Mewakili
diri rakan-rakan PRAT, 1M4W dan rangkaian rakan-rakan 4Wheelers, kami mengajak
rakan-rakan 4Wheelers untuk bersama Berbuka
Puasa di Teratak Bernam Riverview, Ulu Bernam sebagaimana dikenali rakan sebagai Lubuk Kawah, yang ‘hardcore’....yang ni... terataknyaaaa.......
Khemah Ibadah juga turut disediakan kepada pengunjung dengan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk kita sedekahkan kepada kedua orang tua kita yang hidup mahupun yang telah pergi meninggalkan kita. Kuliah Ramadhan dan Kuliah Subuh bersama Naib Kadi Tg. Malim, Ustaz Al-Fadhil Tn. Hj. Yusnizan Yusof akan bersama-sama dalam program ini.
Sesiapa yang ingin bersama dalam program ini, amatlah digalakkan membawa bersama anak-anak & isteri bersama kerana ruang riadah amat sesuai untuk santai keluarga pada hujung minggu.
Setiap penyertaan dikenakan bayaran Rm 25.00 bagi dewasa dan percuma bagi anak-anak. Bayaran ini melibatkan 'package' berbuka puasa/sahur/Khemah Ibadah. Penginapan Chalet/Dome/berkhemah adalah tanggungjawab sendiri. Fasiliti serba mencukupi yang mampu menampung 400 pengunjung dalam satu masa.
Program terbuka kepada semua rakan 4Wheelers, dijemput hadir bersama, yang tak pakai 4wheel pun, boleh sampai ke ‘base camp’....xde masalah.
Kepada mereka yang ingin turut sama dalam program Khemah Ibadah dan Berbuka Puasa, sila hubungi:
01. En. Zulkifli (DELTA 7) @ 019 2367373
02.
En. Azman Mat (GAGAK HITAM) @ 019 2194289
03. En. Wan (ONETEN) @ 019 3541210De Secretariat
PRADAS Adventure Team
Thursday, August 12, 2010
Berita PRAT di KOSMO (12/8/2010)
KOMUNITI KITA - KOSMO 12 Ogos 2010
Ahli Pradas berbakti untuk rumah kebajikan As-Solihin
BERAMAL. Seramai 50 orang ahli Pradas Adventure Team mengadakan program mengumpul sumbangan sempena bulan Ramadan di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Banting baru-baru ini.
Selain menyampaikan wang tunai, persatuan itu turut berjaya mengumpul pelbagai barang keperluan asas seperti beras, minyak masak dan gula termasuk perabot dan tilam.
Menurut Presiden Pradas, Fadzil Omar, pihaknya membantu rumah anak yatim tersebut kerana ia baru beroperasi.
"Rumah ini ditubuhkan tidak sampai setahun dan sehingga kini mempunyai 24 orang penghuni dan ini adalah waktu yang cukup terbaik untuk menyalurkan sumbangan dan bantuan," katanya.
Wednesday, August 11, 2010
Tahniah buat PR-MKB atas Kelahiran 'Harmonic' sulung
PRADASAdventure Team dan Pengurusan PRADAS mengucapkan TAHNIAH kepada PR-MKB (Sdr. MohdKushairi) dan XYL beliau atas kelahiran ‘Harmonic’ sulung.
NAMA : Ahmad Qayyum Bin Mohd Kushairi
D.O.B : 24 Julai 2010 (Saturday) @ HUKM
Mohd Kushairi ( PR-MKB ) h/p no : 013-6799276
Monday, August 9, 2010
PRAT DI ENDAU - ROMPIN BERSAMA JKKP
PRADAS Adventure Team telah mengorak lankah kehadapan dengan penuh penuh bergaya,ini kerana tiga ahli PRAT telah dijemput untuk memberi sati sessi ceramah yang bertajuk
" Pemanduan Berhemah Dengan Kenderaan Pacuan Empat Roda di Endau-Rompin " anjuran JKKP cawangan negeri Johor.Ini adalah buat pertama kalinya ahli PRAT di beri kepercayaan mengendalikan event yang tidak memerlukan tenaga yang ramai.
Jam 12:30 malam ( 07.08.2010 - sabtu ) PR-XG,PR-XE dan PR-YBA bertolahk dari B.B.Bangi dengan menggunakan sebuah kenderaan,tepat jam 5:00 pagi rombongan PRAT ini selamat sampai dipekan Kahang.Selepas menghilangkan penat dan bersarapan pagi PR-XG dan rakan berehat di balai polis Kahang kerana menunggu konvoi 25 buah kenderaan jabatan kerajaan.
Tepat jam 10:30 pagi konvoi mula bergerak mengorak langkah di laluan off-road yang " light easy " dan kami di barisan yang paling belakang seronok memerhatikan gelagat pemandu-pemandu yang belum pernah memandu laluan off road.kKonvoi selamat samapi di lokasi jam 1:00 tengahari.
Selepas selesainya sessi penerangan dan latihan pratikal PR-XG,PR-XE danPR_YBA
bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan selamat sampai ke lokasi yang terakhir jam 10:00 malam.
Saya ( marcoz ) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja kerana memberi kepercayaan mengedalikan ceramah tersebut.Tidak dilupakan ucapan terima kasih diberi pada PR-XE ( Najib ) dan PR-YBA ( Pak Yusuf ) kerana sanggup menjayakan misi untuk menaikkan nama PRADAS dan Pradas Adventure Team.
1 MALAYSIA 1 PRADAS
* gambar-gambar aktiviti di endau rompin akan dimuat turun di masa akan datang.
Thursday, August 5, 2010
''EYEBALL & CAMPING' PERDANA
@ ULU TAMU - 7 & 8 Ogos 2010
PRADAS Adventure Team menjemput semua Peminat Sukan 4x4 dan Peminat Radio Komunikasi untuk menyertai 'Eyeball & Camping' Perdana pada 7 & 8 Ogos 2010 di Ulu Tamu. Program ini adalah penutup sebelum ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Lokasi
Kem Hamzah, Ulu Tamu, Batang Kali
Tarih
7 dan 8 Ogos 2010 (Sabtu & Ahad)
Lokasi Konvoi Berkumpul:
11.00 pagi (7/8/2010) - Petronas Sg. Tua, Bt. Caves
Yuran Penyertan
Hanya RM10 dan membawa sendiri 1kg daging/ikan/udang/ketam/kerang/sotong atau seekor ayam (mesti telah dicampur dgn rempah ratus) untuk setiap keluarga.
Aktiviti Program
7/8/2010
- Ø Bacaan Yaasin, Doa Selamat & Kesyukuran sempena Menyambut Ramadhan al-Mubarak
- Ø BBQ
- Ø Sukaneka bersama Keluarga
- Ø 4x4 Sports Challenge
Semoga dengan Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim di kalangan rakan-rakan yang sebelum agak sibuk dengan tugasan masing-masing.
Kalau masa mengizinkan, akan diadakan acara sukaneka untuk anak-anak dan keluarga pada pagi 8/8/2010 (ahad). Dijangka konvoi bergerak balik pada jam 2 petang (ahad).
PROGRAM AMAL ANAK-ANAK YATIM - PRADAS 2010
Tahniah dan Syabas buat rakan-rakan PRADAS Adventure Team dan semua Kelab-Kelab yang terlibat dalam Program Amal bersama Ahli Rumah Anak-Anak Yatim & Asnay As-Solihin, Banting pada 31 Julai 2010 yang lalu. Saya yang mana boleh le dikatakan pihak tuan rumah mengucapkan jutaan Terima Kasih yang tak terhingga di atas segala sumbangan dan keprihatinan semua pihak dalam menjayakan Program Amal tersebut...... apapun semoga kita semua akan diberi Rahmat dan Keberkatan oleh yang Maha Esa.... Insyallah...
De Secretariat
PRADAS Adventure Team
De Secretariat
PRADAS Adventure Team
Friday, July 23, 2010
PROGRAM AMAL PRADAS BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF AS-SOLIHIN - 31 JULAI 2010
Pihak PRADAS Adventure Team akan menganjurkan satu Program Amal menyalurkan sumbangan/bantuan ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat, Banting, Klang.
Tarikh
31 JULAI 2010 (SABTU)
Lokasi
RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF AS-SOLIHIN
Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Tel: 03-31873744 / Hp: 019-9587034
Tentatif Program
8.00 pagi - Peserta Konvoi Berkumpul di R&R Serdang
8.30 pagi - Perserta Konvoi Memulakan Perjalanan
9.30 pagi - Bertemu Peserta Konvoi 2 di Masjid Dengkil
10.30 pagi - Tiba di Lokasi & Disambut oleh Pengetua Rumah Anak Yatim Asnaf As-Solihin
11.00 pagi - Ucapan Ringkas oleh Pengerusi Majlis & Wakil PRAT seterusnya Ucapan & Perasmian oleh Tn. Presiden PRADAS
Aktiviti yang bakal dijalankan
Aktiviti yang bakal dijalankan
1. Kutipan Derma Kilat untuk Anak Yatim & Asnaf
2. Acara Mengisi Kekabu ke dalam Bantal oleh Peserta Wanita
3. Acara memasak otak-otak oleh Peserta Lelaki
1.30 ptg - Jamuan Makan Tengahari & Majlis Bersurai
Program Amal ini bertujuan menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada Penghuni-Penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.
Dimaklumkan bahawa Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin masih tidak mendapat sebarang bantuan atau sumbangan dari mana-mana agensi kerajaan atau persendirian. Bantuan dan sumbangan hanya diperolehi daripada orang perseorangan yang prihatin.
Oleh itu, PRADAS Adventure Team mengambil inisiatif menganjurkan Program Amal ini untuk kita bersama-sama munyumbang dan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Penghuni-Penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.
Sumbangan Ikhlas anda semua berupa wang ringgit, barang keperluan seperti katil, tilam, bantal atau pakaian serta barangan makanan amatlah diperlukan untuk penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke:
RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF AS-SOLIHIN
Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Tel: 03-31873744 / Hp: 019-9587034
Atau dengan menghubungi Sdr. Irham@MARCOZ (PR-XG) - 012-340 7663. Sumbangan juga akan dikumpulkan di Rumah Sdr. Masturi (PR-WM) dan akan dihantar pada Sabtu, 31 Julai 2010 atau dibawa bersama semasa hari tersebut.
Sumbangan Ikhlas kita semua amatlah dihargai dan semoga mendapat keberkatan.
QRU 73!
De Secretariat
PRADAS Adventure Team
Thursday, July 22, 2010
AL-FATIHAH.....
PRADAS Adventure Team dan Pengurusan Pusat PRADAS merakamkan Salam Takziah buat Sdr. Ahmad (PR-AAM/9W2AMV) dan keluarga diatas berita sedih kembalinya keRahmtuLlah ayahanda beliau pada pagi Khamis (22.7.2010).
PRADAS Adventure Team dan Pengurusan Pusat PRADAS merakamkan Salam Takziah buat Sdr. Ahmad (PR-AAM/9W2AMV) dan keluarga diatas berita sedih kembalinya keRahmtuLlah ayahanda beliau pada pagi Khamis (22.7.2010).
PR-AAM adalah ahli Pradas yang komited pada tugasan apabila diberi arahan oleh pihak pengurusan PRADAS dan PRAT,oleh itu kesedihan yang rasai oleh beliau dan keluarga turut dirasai oleh semua ahli PRADAS yang lain.
Disini saya dan rakan-rakan PRADAS mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan bersama para syuhada' dan para solihin yang mendampingi RosulLulla S.A.W.
Monday, July 19, 2010
Thursday, July 15, 2010
PROGRAM AMAL PRADAS BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF AS-SOLIHIN - 31 JULAI 2010
Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Tel: 03-31873744 / Hp: 019-9587034.
Lokasi yang ke 2 dan ke 3 sedang dalam penyelidikkan petugas PRAT,pemilihan rumah anak yatim tersebut di ambil kira atas faktor fizikal dan kemudahan asas di rumah anak yatim tersebut.
Setelah kaji siasat dilakukan dirumah anak yatim tersebut tidak mendapat sebarang bantuan dan peruntukan dari mana-mana agensi kerajaan seperti Baitulmal, JAIS atau Pusat Zakat Selangor. Sumbangan hanya diterima daripada orang perseorangan dan IKS persendirian.
Oleh yang demikian, PRAT amat mengalu-alukan sumbangan daripada rakan-rakan atau daripada mana-mana syarikat, agensi yang berminat/berkeinginan untuk membantu dengan menghubungi nama-nama seperti berikut:
Penasihat Event :
1. Fadzil Omar (PR-MF)
2. Rosli Kamis (PR-RQ)
Jawatan Kuasa Sukarela :
1. Abdul Razak (PR-RZK) - 017-260 8151
2. Kang Samsol (PR-VS) - 019-376 0404
3. Irham Marcoz (PR-XG) - 012-340 7663
4. Najib Jib auto (PR-XE) - 019-273 9916
5. Pak Deris (PR-IH) - 012-218 8158
6. Ramli (PR-RBA) - 012-201 2294
7. Shafiee (PR-SBM) - 012-309 5173
8. Abg Jem (PR-LEI) -
9. Rosli (PR-GS) - 019-503 9053
Sumbangan daripada anda semua adalah diharapkan Jbagi meringankan beban saudara kita. dan sama-samalah kita berdoa agar niat kita untuk menjayakan event amal tersebut berjaya dan diberkati Allah S.W.T.
Program Amal ini adalah xtvt penutup PRAT sebelum ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak di mana terdapat 2 atau 3 lokasi pilihan PRAT untuk dijadikan lokasi Program Amal tersebut.
Mesyuarat berkenaan Program Amal ini akan diberitahu melalui sms dan di jalur PRADAS (142.800MHz).
Terima Kasih.
Mari membuat kebajikan bersama PRADAS.
Monday, July 5, 2010
1 PUTRAJAYA INTER-PARKS RIDE @ PROMENADE
PRADAS Adventure Team sekali lagi di beri kepercayaan oleh Perbadanan Putra Jaya untuk sama-sama menjayakan program 1 PUTRAJAYA INTER-PARKS RIDE @ PROMENADE dengan tema "Healthy Parks Healtyh People" pada 18hb Julai nanti.
Pada 3hb lepas PRADAS telah dijemput menghadiri ke mesyuarat event tersebut,PRADAS telah diwakili oleh PR-RZK dan PR-XG dan terus di lantik sebagai AJK penganjur bersama.Hasil mesyuarat tersebut,satu tarikh telah ditetapkan untuk diadakan event tersebut.:-
1 PUTRA JAYA INTER-PARKS RIDE @ PROMENADE
"Healthy Parks Healty People"
Tarikh : 18 julai 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Monumen Alaf Baru
Basikal : MTB dan Road Bike
(Sila bawa basikal sendiri)
Berbagai acara akan diadakan seperti cabutan bertuah,makanan dan minuman adalah percuma.yang paling
penting ialah penyertaan adalah PERCUMA.
Oleh itu mari lah kita bersama-sama datang untuk menyayakan event tersebut disamping menyihatkan
"BADAN SIHAT MAJU PRADAS "
De Secretariat
PRADAS Adventure Team
Subscribe to:
Posts (Atom)