ASSALAMMUALAIKUM WBT…
Salam buat semua rakan 4Wheelers di Lembah Kelang, waktu...waktu begini, ramai yang buat majlis berbuka puasa, Alhamdulillah...musim dan waktu yang teramat menyeronokkan malah mengeratkan hubungan silatulrahim di antara kita semua...Syabassss!
Mewakili
diri rakan-rakan PRAT, 1M4W dan rangkaian rakan-rakan 4Wheelers, kami mengajak
rakan-rakan 4Wheelers untuk bersama Berbuka
Puasa di Teratak Bernam Riverview, Ulu Bernam sebagaimana dikenali rakan sebagai Lubuk Kawah, yang ‘hardcore’....yang ni... terataknyaaaa.......
Khemah Ibadah juga turut disediakan kepada pengunjung dengan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk kita sedekahkan kepada kedua orang tua kita yang hidup mahupun yang telah pergi meninggalkan kita. Kuliah Ramadhan dan Kuliah Subuh bersama Naib Kadi Tg. Malim, Ustaz Al-Fadhil Tn. Hj. Yusnizan Yusof akan bersama-sama dalam program ini.
Sesiapa yang ingin bersama dalam program ini, amatlah digalakkan membawa bersama anak-anak & isteri bersama kerana ruang riadah amat sesuai untuk santai keluarga pada hujung minggu.
Setiap penyertaan dikenakan bayaran Rm 25.00 bagi dewasa dan percuma bagi anak-anak. Bayaran ini melibatkan 'package' berbuka puasa/sahur/Khemah Ibadah. Penginapan Chalet/Dome/berkhemah adalah tanggungjawab sendiri. Fasiliti serba mencukupi yang mampu menampung 400 pengunjung dalam satu masa.
Program terbuka kepada semua rakan 4Wheelers, dijemput hadir bersama, yang tak pakai 4wheel pun, boleh sampai ke ‘base camp’....xde masalah.
Kepada mereka yang ingin turut sama dalam program Khemah Ibadah dan Berbuka Puasa, sila hubungi:
01. En. Zulkifli (DELTA 7) @ 019 2367373
02.
En. Azman Mat (GAGAK HITAM) @ 019 2194289
03. En. Wan (ONETEN) @ 019 3541210De Secretariat
PRADAS Adventure Team
1 comment:
Salam bro,
Tentu best majlis yam merapatkan ukhwah sesama ahli ini...('',)
ai laik it...
Post a Comment