.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Thursday, August 12, 2010

Berita PRAT di KOSMO (12/8/2010)


KOMUNITI KITA - KOSMO 12 Ogos 2010

Ahli Pradas berbakti untuk rumah kebajikan As-Solihin



AHLI Pradas Adventure Team bergambar semasa mengadakan program amal bersama penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin di Banting, Selangor baru-baru ini.





BERAMAL. Seramai 50 orang ahli Pradas Adventure Team mengadakan program mengumpul sumbangan sempena bulan Ramadan di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Banting baru-baru ini.
Selain menyampaikan wang tunai, persatuan itu turut berjaya mengumpul pelbagai barang keperluan asas seperti beras, minyak masak dan gula termasuk perabot dan tilam.
Menurut Presiden Pradas, Fadzil Omar, pihaknya membantu rumah anak yatim tersebut kerana ia baru beroperasi.
"Rumah ini ditubuhkan tidak sampai setahun dan sehingga kini mempunyai 24 orang penghuni dan ini adalah waktu yang cukup terbaik untuk menyalurkan sumbangan dan bantuan," katanya.

No comments: