.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Sunday, June 27, 2010

AL-FATIHAH......

PRADAS Adventure Team dan pengurusan PRADAS ingin menzahirkan ucapan takziah buat Pak Lah (PR-JHR / 9w2HOZ) sekeluarga atas kembalinya me RahmatuLlah
ayahanda beliau pada hari sabtu (25hb april 2010) lepas jam 8 malam.

Semoga roh Allahyarham akan ditempatkan bersama golongan para syuhada' dan para Solihin.

PRAT berharap agar Pak Lah bersabar atas dugaan dan ujian yg diterima dari Allah SWT,
semua kejadian ada hikmahnya.

"Semua insan yang beryawa akan merasai kematian "

Wednesday, June 23, 2010

Semakan Pemohonan Menduduki RAE2010-2

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukacita memaklumkan bahawa calon-calon peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2) yang akan berlangsung di seluruh negara pada 2:00 Petang, 30 Jun 2010,  kini boleh menyemak status permohonan mereka secara atas talian (on-line).

Dewan/Bilik Peperiksaan
:
Pacific Ballroom
Alamat Pusat Peperiksaan : Level 2, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Jalan Putra
50350 Kuala Lumpur
WP Kuala Lumpur

Untuk melakukan penyemakan sila kunjungi:


PRADAS Adventure Team mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada rakan-rakan yang menduduki RAE2010-2.  Good Luck!

Saturday, June 12, 2010

PRAT DI KOSMO

Sabtu 12hb. jun 2010 majlis pelancaran PRADAS ADVENTURE TEAM telah di tatap oleh seluruh rakyat Malaysia apabila berita berita event Jom Santai Bersama PRADAS di Kenaboi baru-baru ini telah terpampang di akhbar Kosmo keluaran sabtu lepas.

PRAT ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Juhairi (PR-ESS) yang berusaha untuk memperkanalkan PRAT dimata peminat sukan lasak di tanahair.Berita tersebut mendapat hak siaran 2 muka penuh,Terima kasih juga pada semua yang menghadiri event tersebut walaupun bajet event tersebut tidak sebesar mana dan tidak mencecah puluhan ribuan ringgit dan perlu meminjam dari mana-mana individu hanya kerana untuk menjayakan sesuatu event.

PRAT juga amat berharap pada masa akan datang berita aktiviti seperti ini akan terus tersiar didada akhbar demi menjenamakan PRAT di mata peminat aktiviti lasak dan peminat radio amatur.

Ini secara tidak langsung PRAT jaga telah memperkenalkan PRADAS yang semamangnya sudah dikenali ramai.Perlu diingat PRAT hanya salah satu sayap dari PRADAS dan buka kelab atau persatuan yang cuba menyaingi kelab-kelab lain.

Pengurusan PRAT adalah dilantik oleh Pengurusan induk PRADAS dan tiada petandingan atau perebutan jawatan seperti apa yang berlaku di kelab-kelab lain.

PRAT amat berharap agar semua ahli PRADAS yang belum mendaftar sebagai squad xtvt PRAT boleh mendaftar dengan segera kerana banyak lagi aktiviti PRAT akan disusun selepas ini.

Terima Kasih.

Friday, June 11, 2010

Program Bersama Kelab 4x4 Malaysia - Jom Makan Maggi!

 
PRADAS Adventure Team telah dijemput oleh Kelab 4x4 Malaysia untuk bersama-sama menyertai satu Program Jom Makan Maggi anjuran Maggi di Kuala Mu, Sg. Siput, Perak Darul Ridzuan.

Tarikh: 18 - 20 Jun 2010
Tempat: Kuala Mu, Sg. Siput, Perak

Adalah dijemput kepada peminat-peminat sukan 4x4 untuk menyertai program ini.

Untuk keterangan lanjut, Sila hubungi PR-XG/9W2RXG

Monday, June 7, 2010

BREAKING NEWS!!! 


PRADAS Adventure Team dengan penuh keinsafan dan kesedihan mengucapkan TAKZIAH kepada PR-ZD/9W2ZKI (Abg Zuki) ke atas kepulangan ke Rahmatullah Isteri tercinta pada pagi Ahad (6/6/2010) lalu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

"Ya Allah.. Ampunilah dia, berilah Rahmat, Kesejahteraan dan Maafkanlah dia..."

"Ya Allah.. janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepadanya atau janganlah Engkau meluputkan kami akan pahalanya, dan janganlah Engkau memberi kami fitnah sepeninggalnya, serta ampunilah kami dan dia." Amiiin..Ya Rabbal A'lamin!

PRADAS Adventure Team juga menyeru rakan-rakan dapat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan 'Harmonic' tersayang beliau yang kini masih berada di Hospital Teluk Intan.

Al-FATIHAH...........

Saturday, June 5, 2010

CABARAN "RECCE" 3 HARI 3MALAM 1 MALAYSIA 4 WHEELERS
Pada tanggal 28hb mei 2010 PRAT telah mencatat rekod penglibatan maksimum didalam xtvt "recce" perjalanan lokasi,hotel dan lain di dalam persediaan untuk mega event yang akan ber langsung pada bulan ogos nanti iaitu 1 MALAYSIA 4 WHEELERS.

PRAT telah diwakili PR-MF,PR-RQ,PR-QR,PR-BJJ dan PR-EMI..manakala PR-XG mewakili XG adventure & sport dan PR-XE mewakili Jibauto 4x4,tapi pada hakikatnya semua adalah ahli PRADAS dan perjalanan ini di ketuai oleh en Najib PR-XE.

Mereka menggunakan 2 buah 4x4 iaitu milik PR-RQ dan PR-MF,konvoi bergerak dari jib auto jam 10:25 pagi untuk menuju kearah utara.Pada waktu tengah hari konvoi selmat tiba di lokasi pertama mereka di Sabak Bernam dan apabila selesai tugas penyelidikkan maklumat mereka terus bergerak ke Ipoh.

semua perjalanan ini hanya menggunakan jalan-jalan negeri sahaja dan cuba mengelak dari melalui lebuhraya kerana untuk memberi peluang pada peserta event sebenar nanti merasa perjalanan dan permandangan suasana kampung.

Sasaran seterusnya di Rumah Kebajikan Kepala Batas,Seberang Prai dan Bidong di Kedah..setela keletihan seharian di dalam 4x4 mereka bermalam di sebuah hotel di Alor Setar.
Pada keesokkan harinya mereka bergerak menuju ke Perlis dan berhenti di rumah kebajikan Arau,selepas menjamu selera di pekan Jitra konvoi meneruskan perjalanan ke Pantaiu Timur melalui Hulu Perak.Ketika di dalam perjalanan berlaku satu kemalangan ngeri de Bersia dimana melibatkan kehilangan 3 nyawa dan 2 cedara parah.Pada hari ke 2 adalah paling meletihkan bagi peserta konvoi tersebut kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk bermalam di Besut.

Perjalanan di teruskan ke Kuantan,Pekan,Mersing,Nittar dan sekali selamat tiba di Johor Baru jam 9 malam.Selepas bertemu dan makan bersama wakil dari sana konvoi meneruskan perjalanan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah dan Negeri 9 darul khusus.Konvoi akhirnya selamat tiba di check point terakhir di Pura Jaya jam 11:30 pagi.

Pihak PRAT ingin merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih pada pera peserta konvoi kerana sanggup melapangkan masa,tenaga kewangan ( ditaja ),kenderaan dan lain-lain demi menjayakan event akan berlangsung tidak lama lagi.

PRAT juga merakamkan ucapan terima kasih pada hj Jaafar ( MALAYSIA 4x4 ) kerana memberi kepercayaan pada semua ahli PRAT untuk menjalankan tugas yang amat mencabar ini..TAHNIAH PADA SEMUA YANG TERLIBAT

Go PRAT! Maju PRADAS!

JEMPUTAN WALIMATUL'URUS DARI PR-TS ( Pak ngku Saat ).

PR-TS Menjemput semua ahli PRADAS ke majlis perkawinan anak lelaki beliau ( Fandee Zae'esma )
pada hari sabtu 19hb Julai 2010 di alamat :

NO 17 JALAN JELOK RIA 2,TAMAN JELOK RIA,4300 KAJANG,SELANGOR

D.E.
anda yaningin mencari lokasi majlis tersebut boleh moniter di freq PRADAS dan V 20.Pada semua selamat menjamu selera dan ber "eye ball" bersama rakan2 radio amatur & peminat 4x4.

Friday, June 4, 2010

PENGUMUMAN!!!!

Rakan-rakan yang berminat untuk menjadi krew yang terlibat secara langsung untuk event "1 MALAYSIA 4 WHEELERS" bermula dari 23hb Ogos 2010 hingga 31hb Ogos 2010, sila hubungi PR-XG (9W2RXG) @ 012-3407663 / 017-2959007

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Thursday, June 3, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMATUL URUS DI RUMAH PR-KJ (9W2KJG)

Dijemput semua yang berkesempatan ke rumah PR-KJ/9W2KJG (Sdr. Hasyiezal) untuk memeriahkan lagi majlis walimatul urus adik beliau.

Tarikh: 12 Jun 2010
Lokasi: No.28, Jln. 4C, Desa Sri Jenaris, Sg. Kantan, Kajang

Standby Frequency: PRADAS Repeater & Simplex V20