.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Saturday, June 12, 2010

PRAT DI KOSMO

Sabtu 12hb. jun 2010 majlis pelancaran PRADAS ADVENTURE TEAM telah di tatap oleh seluruh rakyat Malaysia apabila berita berita event Jom Santai Bersama PRADAS di Kenaboi baru-baru ini telah terpampang di akhbar Kosmo keluaran sabtu lepas.

PRAT ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Juhairi (PR-ESS) yang berusaha untuk memperkanalkan PRAT dimata peminat sukan lasak di tanahair.Berita tersebut mendapat hak siaran 2 muka penuh,Terima kasih juga pada semua yang menghadiri event tersebut walaupun bajet event tersebut tidak sebesar mana dan tidak mencecah puluhan ribuan ringgit dan perlu meminjam dari mana-mana individu hanya kerana untuk menjayakan sesuatu event.

PRAT juga amat berharap pada masa akan datang berita aktiviti seperti ini akan terus tersiar didada akhbar demi menjenamakan PRAT di mata peminat aktiviti lasak dan peminat radio amatur.

Ini secara tidak langsung PRAT jaga telah memperkenalkan PRADAS yang semamangnya sudah dikenali ramai.Perlu diingat PRAT hanya salah satu sayap dari PRADAS dan buka kelab atau persatuan yang cuba menyaingi kelab-kelab lain.

Pengurusan PRAT adalah dilantik oleh Pengurusan induk PRADAS dan tiada petandingan atau perebutan jawatan seperti apa yang berlaku di kelab-kelab lain.

PRAT amat berharap agar semua ahli PRADAS yang belum mendaftar sebagai squad xtvt PRAT boleh mendaftar dengan segera kerana banyak lagi aktiviti PRAT akan disusun selepas ini.

Terima Kasih.

No comments: