.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Saturday, June 5, 2010

CABARAN "RECCE" 3 HARI 3MALAM 1 MALAYSIA 4 WHEELERS
Pada tanggal 28hb mei 2010 PRAT telah mencatat rekod penglibatan maksimum didalam xtvt "recce" perjalanan lokasi,hotel dan lain di dalam persediaan untuk mega event yang akan ber langsung pada bulan ogos nanti iaitu 1 MALAYSIA 4 WHEELERS.

PRAT telah diwakili PR-MF,PR-RQ,PR-QR,PR-BJJ dan PR-EMI..manakala PR-XG mewakili XG adventure & sport dan PR-XE mewakili Jibauto 4x4,tapi pada hakikatnya semua adalah ahli PRADAS dan perjalanan ini di ketuai oleh en Najib PR-XE.

Mereka menggunakan 2 buah 4x4 iaitu milik PR-RQ dan PR-MF,konvoi bergerak dari jib auto jam 10:25 pagi untuk menuju kearah utara.Pada waktu tengah hari konvoi selmat tiba di lokasi pertama mereka di Sabak Bernam dan apabila selesai tugas penyelidikkan maklumat mereka terus bergerak ke Ipoh.

semua perjalanan ini hanya menggunakan jalan-jalan negeri sahaja dan cuba mengelak dari melalui lebuhraya kerana untuk memberi peluang pada peserta event sebenar nanti merasa perjalanan dan permandangan suasana kampung.

Sasaran seterusnya di Rumah Kebajikan Kepala Batas,Seberang Prai dan Bidong di Kedah..setela keletihan seharian di dalam 4x4 mereka bermalam di sebuah hotel di Alor Setar.
Pada keesokkan harinya mereka bergerak menuju ke Perlis dan berhenti di rumah kebajikan Arau,selepas menjamu selera di pekan Jitra konvoi meneruskan perjalanan ke Pantaiu Timur melalui Hulu Perak.Ketika di dalam perjalanan berlaku satu kemalangan ngeri de Bersia dimana melibatkan kehilangan 3 nyawa dan 2 cedara parah.Pada hari ke 2 adalah paling meletihkan bagi peserta konvoi tersebut kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk bermalam di Besut.

Perjalanan di teruskan ke Kuantan,Pekan,Mersing,Nittar dan sekali selamat tiba di Johor Baru jam 9 malam.Selepas bertemu dan makan bersama wakil dari sana konvoi meneruskan perjalanan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah dan Negeri 9 darul khusus.Konvoi akhirnya selamat tiba di check point terakhir di Pura Jaya jam 11:30 pagi.

Pihak PRAT ingin merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih pada pera peserta konvoi kerana sanggup melapangkan masa,tenaga kewangan ( ditaja ),kenderaan dan lain-lain demi menjayakan event akan berlangsung tidak lama lagi.

PRAT juga merakamkan ucapan terima kasih pada hj Jaafar ( MALAYSIA 4x4 ) kerana memberi kepercayaan pada semua ahli PRAT untuk menjalankan tugas yang amat mencabar ini..TAHNIAH PADA SEMUA YANG TERLIBAT

Go PRAT! Maju PRADAS!

No comments: