PRADAS Adventure Team sekali lagi akan menganjurkan satu xtvt amal di bulan Ramadhan yang mulia ini.Event amal Ramadhan di Sepang ni adalah kesinambungan dari event amal di Rumah Anak-Anak Yatim Asnaf diBanting,ini adalah kerana sifat pemurah ahli-ahli PRADAS dan rakan-rakan.
Event amal ini adalah satu event luar jangkaan ( bidang terjun ) kerana pada awalnya tiada didalam kelendar xtvt PRAT,tetapi atas desakan sifat pemurah rakan-rakan yang terus menyumbang tanpa henti.Atas inisiatif ini PRAT melahirkan rasa bertanggung jawab untuk menyampaikan sumbangan tersebut terus kepada yang layak.
Maklumat dan atur cara event :
Tarikh : 29.8.2010 ( Ahad )
Masa : 10 pagi - 6 petang
Lokasi Sasaran : Dengkil - Jenderam hilir/hulu - Sg. Merab - Bukit Changgang dan kawasan
sekitarnya
Barangan
yang diperlukan : Wang Ringgit ( duit raya ) - Beras - Gula -Minyak Masak - Kopi - Gula - Tepung - Susu Pekat - Pakaian Raya ( pakaian yang terpakai yang masih elok diterima )
Minuman Berkabonat - Biskut dan lain-lain.
Lokasi Berbuka
Puasa : Sedang dalam perbincangan dengan penduduk tempatan.
Lokasi Penyerahan /
Menyimpan Bahan Sumbangan : Rumah Wak Mastori ( PR-WM )
Frequensi : PRADAS (142.800 ) dan V 17
PRAT masih mengharapkan sumbangan dari ahli-ahli PRADAS dan rakan-rakan lain,ini kerana
masih ada barangan yang tidak mencukupi,semoga dengan amalan sedekah ini diberkati Allah dan rezki anda berlipat kali ganda.
PRAT BERAMAL PRADAS DIKENALI