.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Thursday, August 19, 2010

Jemputan Majlis Berbuka Puasa @ Lubuk Kawah (Teratak Bernam Riverview, Ulu Bernam)



ASSALAMMUALAIKUM WBT…

Salam buat semua rakan 4Wheelers di Lembah Kelang, waktu...waktu begini, ramai yang buat majlis berbuka puasa, Alhamdulillah...musim dan waktu yang teramat menyeronokkan malah mengeratkan hubungan silatulrahim di antara kita semua...Syabassss!

Mewakili diri rakan-rakan PRAT, 1M4W dan rangkaian rakan-rakan 4Wheelers, kami mengajak rakan-rakan 4Wheelers untuk bersama Berbuka Puasa di Teratak Bernam Riverview, Ulu Bernam sebagaimana dikenali rakan sebagai Lubuk Kawah, yang ‘hardcore’....yang ni... terataknyaaaa.......

Khemah Ibadah juga turut disediakan kepada pengunjung dengan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk kita sedekahkan kepada kedua orang tua kita yang hidup mahupun yang telah pergi meninggalkan kita.  Kuliah Ramadhan dan Kuliah Subuh bersama Naib Kadi Tg. Malim, Ustaz Al-Fadhil Tn. Hj. Yusnizan Yusof akan bersama-sama dalam program ini.

Sesiapa yang ingin bersama dalam program ini, amatlah digalakkan membawa bersama anak-anak & isteri bersama kerana ruang riadah amat sesuai untuk santai keluarga pada hujung minggu.

Setiap penyertaan dikenakan bayaran Rm 25.00 bagi dewasa dan percuma bagi anak-anak.  Bayaran ini melibatkan 'package' berbuka puasa/sahur/Khemah Ibadah.  Penginapan Chalet/Dome/berkhemah adalah tanggungjawab sendiri. Fasiliti serba mencukupi yang mampu menampung 400 pengunjung dalam satu masa.

Program terbuka kepada semua rakan 4Wheelers, dijemput hadir bersama, yang tak pakai 4wheel pun, boleh sampai ke ‘base camp’....xde masalah.

Kepada mereka yang ingin turut sama dalam program Khemah Ibadah dan Berbuka Puasa, sila hubungi:

01. En. Zulkifli (DELTA 7) @ 019 2367373
02. En. Azman Mat (GAGAK HITAM) @ 019 2194289
03. En. Wan (ONETEN) @ 019 3541210

De Secretariat
PRADAS Adventure Team

Thursday, August 12, 2010

Berita PRAT di KOSMO (12/8/2010)


KOMUNITI KITA - KOSMO 12 Ogos 2010

Ahli Pradas berbakti untuk rumah kebajikan As-Solihin



AHLI Pradas Adventure Team bergambar semasa mengadakan program amal bersama penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin di Banting, Selangor baru-baru ini.





BERAMAL. Seramai 50 orang ahli Pradas Adventure Team mengadakan program mengumpul sumbangan sempena bulan Ramadan di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Banting baru-baru ini.
Selain menyampaikan wang tunai, persatuan itu turut berjaya mengumpul pelbagai barang keperluan asas seperti beras, minyak masak dan gula termasuk perabot dan tilam.
Menurut Presiden Pradas, Fadzil Omar, pihaknya membantu rumah anak yatim tersebut kerana ia baru beroperasi.
"Rumah ini ditubuhkan tidak sampai setahun dan sehingga kini mempunyai 24 orang penghuni dan ini adalah waktu yang cukup terbaik untuk menyalurkan sumbangan dan bantuan," katanya.

Wednesday, August 11, 2010

Tahniah buat PR-MKB atas Kelahiran 'Harmonic' sulung

PRADASAdventure Team dan Pengurusan PRADAS mengucapkan TAHNIAH kepada PR-MKB (Sdr. MohdKushairi) dan XYL beliau atas kelahiran ‘Harmonic’ sulung.

NAMA : Ahmad Qayyum Bin Mohd Kushairi
D.O.B : 24 Julai 2010 (Saturday) @ HUKM

Didoakan semoga ‘harmonic’ &XYL beliau sihat wal afiat serta dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusandan diberkati Allah S.W.T.
Mohd Kushairi ( PR-MKB ) h/p no : 013-6799276

Monday, August 9, 2010

PRAT DI ENDAU - ROMPIN BERSAMA JKKP

PRADAS Adventure Team telah mengorak lankah kehadapan dengan penuh penuh bergaya,ini kerana tiga ahli PRAT telah dijemput untuk memberi sati sessi ceramah yang bertajuk

" Pemanduan Berhemah Dengan Kenderaan Pacuan Empat Roda di Endau-Rompin " anjuran JKKP cawangan negeri Johor.Ini adalah buat pertama kalinya ahli PRAT di beri kepercayaan mengendalikan event yang tidak memerlukan tenaga yang ramai.

Jam 12:30 malam ( 07.08.2010 - sabtu ) PR-XG,PR-XE dan PR-YBA bertolahk dari B.B.Bangi dengan menggunakan sebuah kenderaan,tepat jam 5:00 pagi rombongan PRAT ini selamat sampai dipekan Kahang.Selepas menghilangkan penat dan bersarapan pagi PR-XG dan rakan berehat di balai polis Kahang kerana menunggu konvoi 25 buah kenderaan jabatan kerajaan.

Tepat jam 10:30 pagi konvoi mula bergerak mengorak langkah di laluan off-road yang " light easy " dan kami di barisan yang paling belakang seronok memerhatikan gelagat pemandu-pemandu yang belum pernah memandu laluan off road.kKonvoi selamat samapi di lokasi jam 1:00 tengahari.

Selepas selesainya sessi penerangan dan latihan pratikal PR-XG,PR-XE danPR_YBA
bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan selamat sampai ke lokasi yang terakhir jam 10:00 malam.

Saya ( marcoz ) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja kerana memberi kepercayaan mengedalikan ceramah tersebut.Tidak dilupakan ucapan terima kasih diberi pada PR-XE ( Najib ) dan PR-YBA ( Pak Yusuf ) kerana sanggup menjayakan misi untuk menaikkan nama PRADAS dan Pradas Adventure Team.


1 MALAYSIA 1 PRADAS

*
gambar-gambar aktiviti di endau rompin akan dimuat turun di masa akan datang.

Thursday, August 5, 2010

''EYEBALL & CAMPING' PERDANA
@ ULU TAMU - 7 & 8 Ogos 2010

PRADAS Adventure Team menjemput semua Peminat Sukan 4x4 dan Peminat Radio Komunikasi untuk menyertai 'Eyeball & Camping' Perdana pada 7 & 8 Ogos 2010 di Ulu Tamu.  Program ini adalah penutup sebelum ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Lokasi
Kem Hamzah, Ulu Tamu, Batang Kali

Tarih
7 dan 8 Ogos 2010 (Sabtu & Ahad)

Lokasi Konvoi Berkumpul:
11.00 pagi (7/8/2010) - Petronas Sg. Tua, Bt. Caves

Yuran Penyertan
Hanya RM10 dan membawa sendiri 1kg daging/ikan/udang/ketam/kerang/sotong atau seekor ayam (mesti telah dicampur dgn rempah ratus) untuk setiap keluarga.

Aktiviti Program

7/8/2010
  • Ø  Bacaan Yaasin, Doa Selamat & Kesyukuran sempena Menyambut Ramadhan al-Mubarak
  • Ø  BBQ
8/8/2010

  • Ø  Sukaneka bersama Keluarga
  • Ø  4x4 Sports Challenge
Semoga dengan Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim di kalangan rakan-rakan yang sebelum agak sibuk dengan tugasan masing-masing.


Kalau masa mengizinkan, akan diadakan acara sukaneka untuk anak-anak dan keluarga pada pagi 8/8/2010 (ahad).  Dijangka konvoi bergerak balik pada jam 2 petang (ahad).

Maklumat lanjut, sila hubungi PR-XG di 012-3407663 / 017-2959007

PROGRAM AMAL ANAK-ANAK YATIM - PRADAS 2010

Tahniah dan Syabas buat rakan-rakan PRADAS Adventure Team dan semua Kelab-Kelab yang terlibat dalam Program Amal bersama Ahli Rumah Anak-Anak Yatim & Asnay As-Solihin, Banting pada 31 Julai 2010 yang lalu. Saya yang mana boleh le dikatakan pihak tuan rumah mengucapkan jutaan Terima Kasih yang tak terhingga di atas segala sumbangan dan keprihatinan semua pihak dalam menjayakan Program Amal tersebut...... apapun semoga kita semua akan diberi Rahmat dan Keberkatan oleh yang Maha Esa.... Insyallah...








Presiden PRADAS (PR-MF)


Tn. Hj. Ramlan (PR-VSR )





Project Manager - Pak Marcoz (PR-XG)




* Diadaptasi dan Ihsan dari http://kang4x4adventure.blogspot.com

De Secretariat
PRADAS Adventure Team

Friday, July 23, 2010

PROGRAM AMAL PRADAS BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF AS-SOLIHIN - 31 JULAI 2010

Pihak PRADAS Adventure Team akan menganjurkan satu Program Amal menyalurkan sumbangan/bantuan ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat, Banting, Klang.
Tarikh
31 JULAI 2010 (SABTU)

Lokasi
RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF AS-SOLIHIN
Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Tel: 03-31873744 / Hp: 019-9587034

Tentatif Program
8.00 pagi - Peserta Konvoi Berkumpul di R&R Serdang
8.30 pagi - Perserta Konvoi Memulakan Perjalanan
9.30 pagi - Bertemu Peserta Konvoi 2 di Masjid Dengkil
10.30 pagi - Tiba di Lokasi & Disambut oleh Pengetua Rumah Anak Yatim Asnaf As-Solihin
11.00 pagi - Ucapan Ringkas oleh Pengerusi Majlis & Wakil PRAT seterusnya Ucapan & Perasmian oleh Tn. Presiden PRADAS

Aktiviti yang bakal dijalankan
1. Kutipan Derma Kilat untuk Anak Yatim & Asnaf
2. Acara Mengisi Kekabu ke dalam Bantal oleh Peserta Wanita
3. Acara memasak otak-otak oleh Peserta Lelaki

1.30 ptg - Jamuan Makan Tengahari & Majlis Bersurai

Program Amal ini bertujuan menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada Penghuni-Penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.

Dimaklumkan bahawa Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin masih tidak mendapat sebarang bantuan atau sumbangan dari mana-mana agensi kerajaan atau persendirian. Bantuan dan sumbangan hanya diperolehi daripada orang perseorangan yang prihatin.

Oleh itu, PRADAS Adventure Team mengambil inisiatif menganjurkan Program Amal ini untuk kita bersama-sama munyumbang dan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Penghuni-Penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.

Sumbangan Ikhlas anda semua berupa wang ringgit, barang keperluan seperti katil, tilam, bantal atau pakaian serta barangan makanan amatlah diperlukan untuk penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf ini.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke:

RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF AS-SOLIHIN
Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat
42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.
Tel: 03-31873744 / Hp: 019-9587034

Atau dengan menghubungi Sdr. Irham@MARCOZ (PR-XG) - 012-340 7663. Sumbangan juga akan dikumpulkan di Rumah Sdr. Masturi (PR-WM) dan akan dihantar pada Sabtu, 31 Julai 2010 atau dibawa bersama semasa hari tersebut.

Sumbangan Ikhlas kita semua amatlah dihargai dan semoga mendapat keberkatan.

QRU 73!

De Secretariat
PRADAS Adventure Team