.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Thursday, May 20, 2010

JELAJAH 1MALAYSIA 4WHEELERS

Tanggal 10hb mei PRADAS Adventure Team (PRAT) telah di jemput untuk menghadiri ke satu mesyuarat di pejabat Malaysia 4x4 club di danau kota.PRAT di wakili oleh PR-RQ dan Marcoz.Pada mulanya wakil PRAT tidak tahu apa tujuan di panggil untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut.

Apabila mesyuarat bermula barulah wakil PRAT mengetahui tujuan mesyuarat tersebut,PRAT di jemput ialah untuk menjayakan satu program besar iaitu 1Malaysia 4 Weelers yang akan berlangsung pada bulan kemerdekaan nanti.

Mesyuarat susulan telah berlangsung pada 12hb mei dan 16hb mei untuk melantik jawatankuasa induk untuk program tersebut.PR-RQ telah di lantik mengetuai biro promosi,PR-MF mengetuai biro komunikasi dan event dan Marcoz di lantik menjadi setiausaha di bahagian logistik.Tapi Marcoz menolak jawatan tersebut dengan alasan tidak mampu memikul tugas setiusaha di event sebesar ini.Beliau akan membantu sebagai petugas/sukarelewan biasa sahaja.

Diantara kelab-kelab yang akan terbabit dalam jawatan kuasa ini ialah Jib auto 4x4,1Ten,Malaysia 4x4,Gedut 4x4,4x4 princes dan kelab-kelab 4x4 dari seluruh tanah air.

Pada 21hb mei bermula tugas 'meriki' jalan-jalan dan lokasi persinggahan,ia terbahagi kepada 2 kumpulan.Yang pertama akan melawat pejabat ketua kerajaan negeri dan kumpulan kedua akan melalui jalan-jalan di semenanjung serta akan mencari lokasi 'pit stop' dan penginapan.
Diharapkan acara sebesar ini akan menjadi kenyataan dan membuka mata orang awam yang selama ini beranggapan 4x4 hanya merosakkan hutan sahaja.
"1MALAYSIA 4WHEELERS 1 PRAT!"

1 comment:

marcoz said...

boss..nape tak letak gmbr konvoi hiasan...ala...gmbr konvoi mane2 pun tak pe