.

SELAMAT DATANG KE PRADAS ADVENTURE TEAM BLOGPOT....

Thursday, May 6, 2010

PRAT Terlibat dalam Penggambaran Filem Hanyut

PRADAS Adventure Team (PRAT) telah berjaya mengorak selangkah kehadapan lagi di mana telah ditawarkan untuk terbabit sama untuk menjayakan satu penggambaran filem yang diarahkan oleh Pengarah filem dan drama terkenal U-Wei yang membabitkan pelakon-pelakon tanah air terkenal.

Sehubungan dengan itu, pihak PRAT memerlukan 20 buah kenderaan 4x4 (jenis pick-up) untuk digunakan dalam menjayakan penggambaran tersebut. Mana-mana ahli yang memiliki kenderaan 4x4 (jenis pick-up) adalah ditawarkan untuk menyertai projek ini.



Lokasi penggambaran filem tersebut akan dijalankan di Kuala Lipis dan Pekan, Pahang selama 49 hari bermula 10 Mei hingga 12 Julai 2010.

Untuk yang berminat dan mengetahui keterangan lanjut boleh menghubungi Sekreteriat PRAT:
  1. PR-RQ (h/p:012-202 6024)
  2. PR-XG (h/p:012-340 7663).


Sinopsis

Projek ini bermula apabila Pak Marcoz (PR-XG) telah dihubungi oleh Koordinator filem tersebut untuk terbabit sama dalam membantu untuk menjayakan penggambaran filem tersebut. Pada 9.00 malam (5/5/2010) satu perjumpaan telah diatur untuk membincangkan keperluan yang diperlukan oleh pihak produksi filem dan pihak PRAT sendiri.

Perbincangan bersama di antara PRAT yang diwakili oleh Tuan Penasihat II (PR-RQ), PR-XG dan PR-SBM serta wakil Koordinator filem wakil bagi pihak produksi filem di mana telah mendapat respon positif untuk pihak PRAT terlibat sama dan bekerjasama untuk menjayakan penggambaran filem tersebut.

Sama-samalah kita berdoa agar 'mega event' ini berjaya dan memberi manafaat pada ahli-ahli Pradas.
Pada ahli-ahli Pradas yang memiliki kenderaan 4x4 jenis strom,hilux,ranger dan seumpamanya
bolehlah mengubungi PR-RQ 012-2026024 dan PR-XG 012-3407663.

Diharapkan dengan pembabitan PRAT dalam bidang perfileman,nama PRAT terus dikenali
"PRAT Merentas Tanpa Batasan"

QRT 73!

No comments: