Jam 11 malam (selasa), peserta konvoi mula berkumpul di stesyen minyak Petronas Gombak dan peserta terakhir tiba jam 12 malam. Sebelum konvoi bergerak ke Kuala Lipis sedikit penerangan oleh Pak Marcoz pada semua 'pilot' dan doa selamat telah disampaikan oleh 'Pak Imam' konvoi. Jurugambar yang ditempah khas untuk operasi ni tiba agak lewat akibat kesesakan lalulintas.
Konvoi mula berlepas tepat jam 12:30 malam tapi berlaku sedikit kekalutan apabila Uncle Leong tersasar dari laluan ke Tol Gombak. Walaubagaimanapun, semuanya selamat apabila Pak Marcoz berjaya menjejak 'Storm' beliau.
Di antara pilot yang mengambil terlibat dalam program ini antaranya PR-GS, Bangau, Kurnia dan lain-lain. Jurugambar ialah PR-EPY serta seorang pembantu iaitu PR-MHD.
Konvoi berhenti rehat di Bentong pada jam 1:30 pagi dan bersekang mata sehingga lebih 3 jam untuk meneruskan perjalanan dan akhirnya konvoi selamat tiba di lokasi penginapan (Hotel Centre Point). Ketibaan konvoi disambut oleh PR-RQ yang telah tiba di lokasi sehari awal, dan semua 'pilot' terus ke lokasi tapak penggambaran selepas di beri penerangan ringkas oleh PR-RQ.
Setelah penat bekerja seharian akhirnya tugas yang diamanahkan selamat dijalankan dan disempurnakan oleh semua perserta. Peserta mula bersurai dari lokasi pengambaran jam 10 malam. Walaubagaimanapun, sebahgian peserta tidak balik Kuala Lumpur pada malam itu akibat agak kepenatan untuk memandu.
PRAT ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua 'pilot' dan krew yang bertugas di program tersebut. Pihak Pengurusan PRAT memohon maaf jika ada kekurangan atau kesilapan sepanjang perjalanan program ini.
Terima kasih juga untuk PAT, 4x4 Gombak dan rakan dari Sungai Besar kerana menghantar wakil dalam menjayakan event PRAT sehingga bertemu lagi di trip dan event yang sedang disusun oleh Pengurusan PRAT.
Terima kasih 73!
No comments:
Post a Comment